Sehari sebelum Reunion Alumni MGS Teluk Intan, ana dan Nonie mewakili kawan-kawan group whatsapp MGS, kami melangkah masuk ke perkarangan SK Perempuan Methodist, Teluk Intan untuk bertemu Tuan Guru Besar, menyampaikan sedikit sumbangan. Masuk sahaja ke kawasan sekolah, berdebar nya jantung, Tuhan sahaja yang tahu. Kami ke pejabat dan berjumpa Tuan Guru Besar , Cikgu Dawam Arshad. berbual-bual seketika dan mendengar penerangan Tuan Guru Besar serba sedikit terkini di MGS Teluk Intan. Seiring dengan masa yang berlalu, banyak penambahbaikan di sekolah ini, cuma bilangan pelajar sahaja yang tidak semeriah era kami dahulu.

Pada zaman kami bersekolah disini dahulu bilangan murid memang ramai, satu kelas lebih kurang 40 orang murid, dan ketika itu dibahagikan kepada dua kelas Biru dan Merah. Kemudian di akhir-akhir  tahun persekolahan kami menjadi 3 kelas tambah kelas Hijau. Ana ketika itu berada di kelas Biru dari darjah satu sampai lah ke darjah enam kekal Biru,kelas pertama.cewahh!! Eksyen ko ana ye 😉😉


MGS Teluk Intan


SK P Methodist, Teluk Intan


Dan hari itu, ana kembali semula ke sekolah yang terlalu banyak kenangan manis, jasa yang tak terhingga dari guru-guru yang mana di sinilah permulaan ana memasuki alam persekolahan. Maklumlah ketika itu, kelas Tadika tak banyak yang mengikutinya. Jadi hari pertama masuk sekolah tu memang satu pengalaman ngeri sangat kerana bila mak balik je, meraung lah ana kena tinggal haha 😑😑 . Teruk kan.. bila cerita kat anak-anak kan main depa gelakkan ibu , apa lah ibu ni .Nak buat macam mana tak pernah berenggang dengan mak abah dari kecil, dan tiada pendedahan awal sebelum masuk sekolah. Inilah situasi kami masa itu, kanak-kanak awal 1980-an. 


MGS TELUK INTAN

Ketika itu, ini lah laluan masuk kami ke sekolah dari Jalan Changkat Jong. Ana dan beberapa orang kawan naik bas sekolah yang kami panggil "bas ayam". Hihi unik tak? Bas sekolah pun tak banyak masa tu, ada beberapa pengusaha bas sekolah sahaja. Sekarang laluan utama masuk ke sekolah MGS ni ialah melalui Jalan Manggis. MGS ialah singkatan untuk Methodist Girl School. Kami bersekolah disini berorentasikan pendidikan aliran Inggeris. Murid-murid masa tu pun terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India sama rata bilangannya. Sekolah pun menggunakan status SRK- Sekolah Rendah Kebangsaan di mana guru-guru mengajar dalam aliran Inggeris untuk kebanyakan subjek. 


MGS Teluk Intan

Subhanaallah... inilah bilik darjah ana dan kawan-kawan seusia ketika berada di Darjah Satu Biru. Masih sama, pintu, tingkap yang sama. Tersentuh sangat hati kerana dengan izinNya, kami kembali semula ke sini selepas sekian lama, lebih kurang 30 tahun meninggalkannya. Ana masih ingat guru kelas kami waktu itu, Mrs Cheong. Beliau lah yang mula mengajar kami mengenal huruf A,B,C dan nombor 1,2,3... Mrs Cheong juga merupakan ibu kepada rakan sekelas ana iaitu Peik Yee. Dan sehingga entri ini di terbitkan beliau masih sihat lagi menurut Peik Yee.


MGS Teluk Intan

Tangga inilah kami mengatur langkah demi langkah mendaki ke tingkat atas menuju kelas ketika berada di darjah enam Biru. Tangga ini juga menuju ke perpustakaan dahulu kami panggil 'library', sekolah omputih la katakan. Zaman tu, kami akan menonton rancangan TV Pendidikan di perpustakaan dan rajin sangat pinjam buku cerita untuk di bawa balik ke rumah.  Berhadapan tangga ni juga letakknya tandas. Wah!! Sampai ke tandas ko nak flashback ana ? Ye la..istimewa sangat kerana tandas kami masa tu, satu kelas satu tandas tau. Tak kongsi dengan kelas lain. Dan ana ni dahulunya pengawas sekolah, jadi salah satu tugas pengawas ialah 'check' tandas. Rekodkan dalam buku nota 555 kami panggil buka tiga lima yang di balut cantik-cantik dengan pembalut hadiah sebagai buku rekod pengawas. Adoiyai...nostalgianya...

MGS TELUK INTAN


Hadapan tangga menuju ke kantin terdapat deretan tiang-tiang, dan ada kisahnya juga dengan tiang-tiang ini kerana inilah port kami bermain. Main apa? Main cop! Tiang. Haha..kanak-kanak 80-an dan 90-an sahaja yang terre main cop tiang ni. Satu kumpulan ada lima orang, empat orang akan memegang tiang dan seorang yang 'jadi' tu kena rebut tiang dari empat yang orang bertukar-tukar pergerakan dari tiang ke tiang. Siapa lah yang cipta permainan cop tiang ni, Waallahu a'lam... tapi bukan main seronok main dengan gelak tawa zaman kanak-kanak yang tak mungkin akan berpatah balik. Sanggup makan cepat-cepat di kantin waktu rehat untuk main cop tiang dan galah panjang. Kami dahulu bersekolah di sessi pagi, rehat atau kami panggil dahulu 'recess', dalam pukul 10:00-10:30 pagi.


MGS Teluk Intan

Ini pandangan dari tingkat atas, dahulunya dewan sekolah kami. Dewan ini lah setiap tahun ana dan beberapa kawan-kawan akan menghadiri Hari Anugerah Cemerlang dahulunya kami panggil Penyampaian Hadiah. Tunggu.... kami bukannya cemerlang sangat pun nak dapat hadiah, kami ni selalu ambil bahagian dalam tarian je, di bawah bimbingan Cikgu Puan Rofeah. Cikgu kelas kami ketika berada di Kelas 2 Biru dan 6 Biru. Alhamdulillah kami masih berkesempatan berjumpa Cikgu Rofeah ketika Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas, sihat lagi cikgu dan masih cantik lagi macam dulu-dulu. Rindu Cikgu 💕💕


MGS TELUK INTAN

Di gelanggang badminton itu lah tapak perhimpunan kami waktu itu. Setiap hari berbaris di situ mengikut kelas masing-masing. Hari Isnin kami ada 'assembly' atau perhimpunan. Macam ana cerita awal tadi, ana ni salah seorang pengawas kan, pernah sekali tu ketika naikkan bendera negeri Perak, terbalik kata ko, warna putih boleh duk bawah, apa lagi kena lah dengan Cikgu Puan Rubiah, guru displin kami, tobat terus sampai hari ni ingat bendera Perak warna putih di atas.

Cantik dah sekolah MGS sekarang ni, di hiasi dengan pokok-pokok dan dekorasi yang mendamaikan. Di cat cantik berwarna warni penuh ceria. Alhamdulillah. Sangat bersih dan cantik sekolah kami ni sekarang. Tahniah buat Tuan Pengetua, Cikgu Dawam Arshad, guru-guru,kaki tangan sokongan dan pelajar.

MGS Teluk Intan

Tangga ni kami paling cuak, sebab apa..sebab tangga ni dahulu menuju ke klinik pergigian. Setiap kali ada jururawat datang bawa kad hijau masing-masing tak senang duduk. Ngeri sungguh bila kena drill gigi kena simen. Maklum lah dulu-dulu anak kampung  mana nak jaga gigi sangat. Makan gula-gula tak hengat dunia. Kecik-kecik gigi dah berlubang habis tu kena tampal lah, kami panggil simen je dulu. Tapi kan jangan tak percaya tampalan hitam zaman sekolah ni kekal sampai lah baru-baru ni je gigi geraham ana pecah dan kena cabut. Lama tu, tak tanggal tampalan nya. Nampak jururawat tu macam nampak musuh je, mana lah nak cari misi tu kan, kami nak minta maaf huhu ✌✌✌ Jap! Pintu tu kelas kami darjah 2 Biru hihi .


MGS Teluk Intan

Dan tangga ini pula bersebelahan padang sekolah. Alaaa..boleh tak ingat nak ambil gambar padang. Padang sekolah MGS Teluk Intan ni luas tau. Kalau sukan dan latihan sukan kat sana lah kami beraksi. Begitu juga dengan Pendidikan Jasmani, kami dulu panggil PE - physical education . Haaa gituew...aliran Inggeris kan semua subjek dalam Bahasa Inggeris lah. Hadapan tangga ni juga lah cikgu-cikgu akan parkir kereta dan kami ni bergilir-gilir akan sambut cikgu Puan Rofeah sampai dan bawakan beg serta termosnya, waktu balik pula hantar kan buku-buku latihan ke kereta cikgu. Begitulah taat dan sayangnya kami pada cikgu-cikgu di sekolah waktu itu.

Walaupun ada antara cikgunya memang garang-garang, tapi kami tak pandai melawan, habis kuat menangis sahaja la, nak mengadu kan mak pak, memang tak laa, sebab apa silap haribulan, kami kena marah balik dengan mak pak. Dulu tu setakad kena baling pemadam papan hitam tu biasa dah, duster dulu di buat daripada kain je, kena pun tak lah sakit mana, pandai-pandailah nak mengelak haha . Itulah kisah kami, zaman kami di sekolah rendah SK P Methodist Teluk Intan 30 tahun yang lalu. Semuanya manis untuk di kenang semula. Kami semua girls, jadi memang akrab antara satu lain. Makan bersama, bermain bersama, kena marah pun berjemaah.



Kisah penuh memori ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan. Banyak lagi rasanya yang ingin di kongsikan namun ada yang kian pudar dalam ingatan. Alhamdulillah, persahabatan kami sebahagiannya masih utuh hingga ke saat ini. Kami masih berhubung antara satu sama lain, dan setiap kali ada ruang dan peluang ana akan menemui kawan-kawan sekolah ini. Kami bergurau, berkongsi kisah hidup yang mana kini masing-masing ada haluannya yang tersendiri, ketentuanNya juga. Namun mereka lah kawan, kawan sekolah yang tanpa kepentingan untuk berkawan.

Terima kasih buat guru-guru Sekolah Rendah Perempuan Methodist, Teluk Intan, yang telah mendidik kami mengenali erti kehidupan untuk kami lalui di masa kini. Antara guru yang masih ana ingati namanya, Puan Rofeah, Puan Rubiah, Cikgu Meor, Allahyarham Cikgu Hussin, Cikgu Yaakob, Puan Hawaiyyah (Ustazah), Mrs Fernandez, Mrs Ong, Mrs Cheoang, Mrs Teh, Mrs Paul Raj, Miss Renuka, Cikgu Yang Kalsum, Cikgu Hanom dan ramai lagi yang silih berganti mencurah jasa mendidik anak-anak yang dari kosong hingga membentuk akhlak kami hingga kini. Terima kasih Cikgu, hanya Allah swt sahaja yang membalas dengan ganjaran pahala yang berpanjangan. Aamiin.

Ana tinggalkan coretan kenangan ini dengan sebuah video kawasan sekolah MGS Teluk Intan yang sentiasa di hati hingga akhir hayat. Kisah Reunion akan ana terbit kan sehari dua lagi dan akan ana kongsikan link nya di sini semula nanti.



Boleh juga di tonton di youtube : https://youtu.be/UnJD2iXLac0


10 Comments

  1. Ana sekolah MGS rupanya

    Tempat jatuh lagi di kenang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mama sekolah MGS , semestinya kan kenangan terindah zaman persekolahan :)

      Delete
  2. Zaman sekolah ni tak payah risau sangat

    tapi pada ibu lah

    lagi indah hidup sekarang ni dapat duduk bersama sama anak anak dan mak ayah

    Syukuri apa yang kita ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbeza pandangan kita IZ, sekolah adalah peringkat awal kita mengenal kehidupan, dan pada AJ sesuatu yang akan sentiasa di kenang sepanjang hayat, benar kehidupan sekarang juga amat indah, pasti lah AJ mensyukurinya sentiasa. Setengah orang tak suka mengenang zaman sekolah mungkin kerana dia tidak punyai banyak memori indah ketika itu, atau masa silam yang tak menarik untuk di kenang, barang kali

      Delete
  3. As salam Ana,Ana bersekolah darjah satu tahun berapa ya sbb kak Asmah pun bersekolah MGS. Memang nama nama Cikgu mcm Cikgu Rofeah yg cantik tu, Cikgu Rubiah atau Mrs Ismail, Mrs Paul Raj dan Ustazah Hawiyyah.Kak Asmah pun dulu ngeri bila tiba giliran jumpa dentist.Tak suka sgt huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal 80-an, mungkin kita senior atau junior tak banyak kut sebab sama je guru-gur yang disebutkan tu :)

      Delete
    2. Oh Ana ni super junior sebab Kak Asmah bersekolah di MGS tahun 70an. Sampai sekarang masih berhubung dengan rakan-rakan melalui grup whats app. Ada lagi guru yang mungkin Ana tak kenal macam Cikgu Maimunah, Miss Lai, Cikgu Zawiyah, Miss Neoh dan mendiang Mrs Mah.Anak Mrs Mah satu kelas dengan Kak Asmah. Rindu kenangan lalu.

      Delete
    3. lama dah tu kak asamah, kalau ada kesempatan boleh lah kunjungi semula MGS, masih seperti dahulu cuma tidak semeriah era kami dahulu lagi. MGS akan tetap di hati :)

      Delete
  4. Baru baca entri kak ana...junior kak ana.. Dulu sekolah kat sini gak... Rindu balik dgn sekolah bila kak ana post kan gmbr2 kelas.. N tangga nak gi library.... Kelas kat atas 6 biru... ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu kan Pa, setiap sudut ada kenangan nya , allahu :)

      Delete