Merujuk kepada pengumuman TERKINI status Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan laluan terdekat dari Teluk Intan ke Manjung, Sitiawan dan Lumut menerusi FB Page JKR Hilir Perak adalah seperti berikut :





Pembukaan Jambatan Sultan Yusuf FT005 (Kemaskini-30 Disember 2017)


Dimaklumkan jambatan ini akan dibuka kepada SEMUA KENDERAAN RINGAN SAHAJA (Ketinggian maksima 2.5 meter) berkuatkuasa 31 Disember 2017 (AHAD)

Manakala bagi KENDERAAN BERAT masih lagi berpandukan laluan alternatif seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Sepanjang tempoh pembukaan kepada kenderaan ringan pihak JKR akan buat pemantaun rapi demi keselamatan pengguna2 jalan raya.

Papan tanda jalan alternatif juga telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005)manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada(A266)
Pengguna diminta terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yg telah disediakan di jalan-jalan yg terlibat. 

Kesulitan pada hari ini untuk kesenangan pada masa depan kita semua. Komitmen dan kerjasama anda amatlah kami hargai serta kemaafan dipohon dari kami atas perkara ini.

Sumber: JKR Hilir Perak

Namun, mulai semalam lagi 30hb Disember 2017, terdapat beberapa rakan Facebook telah pun mula menggunakan semula laluan jambatan untuk kemudahan laluan terdekat ke dua hala Teluk Intan-Lumut ini. Ia juga mudah-mudahan mengurangkan kesesakan teruk setiap kali waktu puncak di laluan Jambatan Kampung Bahagia yang sebelum ini merupakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan Jambatan Sultan Yusof ini. Alhamdulillah... semoga perjalanan mereka yang menggunakan laluan ini kembali lancar, menjimatkan kos dan masa. 

Ana kongsikan disini foto yang di kongsikan dari laman FB Group Anak-anak Teluk Intan .kredit buat pemilik FB Belalang Tempur :)


Image may contain: outdoor

6 Comments

  1. Alhamdulillah syukur sangat2...Allahu..lega..jimat sedikit masa dan kos...moga tidak lagi timbul masalah rekahan atau mendapan di jambatan dan laluan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berakhir juga kesukaran yang di lalui mereka yang terpaksa berulang-alik setiap hari atas urusan kerja TI-Manjung :)

      Delete
  2. kenderaan berat jangan coba cobaaa nak lalu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 24jam selepas di buka, dah ada insiden lori langgar palang penghadang ketinggian laluan masuk,netizen mula bising.. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. semoga berkurangan la kesesakkan di Kg Gajah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha, berbaki kenderaan berat sahaja sekarang ni kan

      Delete