Kalau korang baca entri ana dua hari lepas di SINI , pasti tahu bagaimana seleranya ana menerima pemberian jiran ana, Zura sebekas sambal belimbing buluh yang sangat sedap ni. Pokok belimbing buluh memang memang ada hidup subur di belakang rumah, cuma buahnya tak berapa nak lekat sekarang. Mungkin musim hujan hampir setiap hari kini,bunganya gugur. In shaa Allah , bila ada buahnya nanti, ana memang bercadang nak buat sambal belimbing buluh dengan ikan bilis cara Zura ni. Ia sangat sedap, cukup rasa masam, pedasnya. 

Ana pun dah minta dari tuan punya resepi sendiri, dan ana coretkan dahulu di sini. Bukan apa, senang untuk ana rujuk kembali nanti dan juga andai kata ada yang tercari-cari resepi ala-ala sambal hitam Pahang ni boleh lah guna kan resepi Zura ni. Ana rasa lebih kurang sahaja rasa dan caranya dengan sambal hitam Pahang tu, cuma resepi ini lebih mudah dan ringkas dan tidak lah berwarna hitam. Jom kita tengok bahan dan cara memasak sambal belimbing buluh versi Puan Azura kita.




Resepi Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis

Bahan-bahan :

Belimbing buluh ( ikut suka berapa biji )
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api ( semua pun ikut citarasa sendiri )

Cara masak sambal belimbing ikan bilis :

- Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili api.
- Ikan bilis di tumbuk kasar.
- Rebus belimbing tanpa air dengan sedikit garam sehingga lembut.
- Belimbing buluh di tumbuk.
- Tumiskan bahan yang di kisar, masukkan ikan bilis.
- Masakkan seketika baru masukkan belimbing.
- Tambahkan sedikit garam.
- Masak dan kacau sehingga kering.
- Siap untuk di sajikan .



8 Comments