Ayam Goreng Berempah Sedap dan Mudah

Kalau korang ada terbaca entri ana yang sebelum ni, hat yang terliur nak makan nasi kandar daun pisang tu, dan resepi dalca yang lepas, ana juga masakkan ayam goreng berempah sebagai menu tambahannya. Resepi ayam goreng berempah yang ana nak kongsikan disini hari ini, adalah versi resepi mak ana juga lah. Sedap dan mudah di sediakan dan anak-anak ana pun suka makan. Kalau ada yang sedang mencari resepi dan cara nak masak ayam goreng berempah ini, korang boleh lah cuba versi anajingga.com ni ye 😉😉




Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan ayam goreng berempah:

Ayam di potong ikut selera masing-masing
Rempah kari daging
Serbuk cili 
Serbuk kunyit
Garam
Daun kari

Bahan kisar atau boleh juga di tumbuk :

Bawang merah
Bawang putih 
Halia
Serai 
Jintan manis
Jintan putih
Lengkuas
( kesemua bahan di atas di mayang halus dahulu kemudian di kisar atau tumbuk )



Cara-cara masak ayam goreng berempah :

1. Basuh bersih ayam .
2. Perapkan kesemua bahan kering rempah dan gaul sekali dengan bahan kisar tadi.
3. Perapkan selama 1 jam sebelum menggorengnya.
4. Panaskan minyak terlebih dahulu.
5. Masukkan ayam dan biarkan tenggelam dalam api perlahan untuk menggelakkannya mentah di dalam dan garing di luar.
6. Balik-balikkan .
7. Apabila telah masak garing toskan dahulu di atas tisu dapur.
8. Siap lah sajian ayam goreng berempah. 




Dan inilah menu yang ana sajikan ala-ala nasi kandar di atas daun pisang, ada dalca, ayam goreng berempah dan juga papadom. Yummyy !!!



Ayam Goreng Berempah Sedap dan Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap dan Mudah Reviewed by Ana Jingga on February 06, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Salam sis, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    Masa tak sihat nampak gamabr ayam tu sedap je nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ibu Zaid, semoga telah sembuh sedia kala hendakNya, Aamiin..

      Delete
  2. Alahai senangnya cara kak ana...SA nak buat la balik seremban nanti...kat umah sewa dah jarang masak sebab selalu sampai rumah dh lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara kak ana semuanya yang mudah-mudah je SA hihi :)

      Delete
  3. aida lom pernah buat ayam goreng berempah kat umah.
    sebab anak-anak kurang suka.
    tapi aida suka. kalau makan kedai, ni la salah satu menu yg aida amik tau.
    mudah aje membuatnya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Aida, anak-anak ada yang tak menggemari masakan berempah ni, pedas agaknya :)

      Delete
  4. terliur pagi-pagi baca entry ni..yum yum

    ReplyDelete

Powered by Blogger.