BERRY BRIGHT - KEMBALI KAN KESEGARAN MATA YANG LETIH
Memandu dalam tempoh masa yang panjang, memandang skrin komputer, laptop mahupun smartphone menjadikan mata kita cepat letih dan kering. Ini sering kali ana alami sendiri dalam aktiviti seharian sebagai seorang penulis blog atau blogger yang mana tempoh masa memandang skrin yang lama, akhirnya mata berasa amat penat dan letih. Kemudian ia menjadi kering. Begitu juga ketika memandu dalam jarak jauh, mata yang penat agak merbahayakan pemanduan. Perlu berhenti rehat seketika dan yang paling baik dapatkan minuman yang sesuai mengembalikan kesegaran mata sebelum meneruskan perjalanan dan aktiviti harian kita.
Apakah minuman yang di rumus khas untuk kesihatan dan kesegaran mata ni? Ada...Jangan risau, kerana hari ini, ana akan kongsikannya dengan korang semua keberkesanan ana sendiri setelah mencuba Berry Bright Blackcurrant Eye Nourishing Drink. Memang ketara kesan sebelum dan selepas meminum se sachet Berry Bright ni pada pengalaman peribadi ana sendiri.
Mula-mula nak cuba minum tu mestilah kita kena pastikan ianya minuman yang Halal dan di hasilkan secara kelulusan dari pelbagai pihak berwajib kan. Ana dah hampir 3 tahun memakai cermin mata untuk penglihatan jarak jauh. Dan kesannya mata cepat menjadi letih kerana aktiviti sebagai blogger ni hampir setiap masa memandang skrin sama ada handphone mahupun lap top. Ana mencuba sendiri se sachet Berry Bright dan Alhamdulillah kepenatan mata dapat di legakan dan kembali bertenaga.
Faktor usia yang kian meningkat ni, banyak kandungan zat dalam badan kian berkurangan, kerana itulah mata cepat letih dan ada ketikanya mengantuk sangat rasanya. Ana juga sering kali memandu dalam jarak jauh bersama suami dalam seharian. Antaranya kami ke Gopeng melawat anak dan kemudian patah balik ke KL dalam hari yang sama. Memang penat kan walaupun ana dan suami selalunya bergilir memandu. Dengan minum Berry Bright di pertengahan jalan yang mudah di larutkan sehaja dalam segelas air kosong, ia menyegarkan semula pandangan mata dan menghilangkan rasa mengantuk memandu , In Shaa Allah. Lagi satu, ia sedap di minum kerana berperisa blackcurrant asli yang lazat.
Berry Bright Blackcurrant Eye Nourishing Drink
Mesti bagi yang pertama kali mendengar tertanya-tanya apakah itu Berry Bright ni ? Berry Bright merupakan supplemen mata yang berasaskan makanan semulajadi, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata kita. Ia sesuai di minum oleh semua lapisan usia seawal usia 3 tahun ke atas.
Produk Berry Bright juga merupakan pemenang pelbagai anugerah antaranya :
1. Malaysian Health & Wellness Brand Awards 2017
- yang di anjurkan bersama Sinchew Daily & Life Magazines
- di sokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- pemenang dalam kategori " Makanan Kesihatan" ( Health Food )
2. Natural Health Readers' Choice Awards 2017, 2015, 2014
- Pemenang " Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik "
( Best Natural Eye Care Supplement)
3.Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014
- Pemenang kategori " Penjagaan Mata " ( Eye Care )
Yang penting sekali Berry Bright mempunyai pensijilan Halal dari Jakim yang meyakinkan kita sebagai pengguna untuk mengambil supplemen ini tanpa was-was dan keraguan.
Siapa yang sesuai untuk mengambil supplemen Berry Bright ini ?
Kalau korang rasa korang berada di salah satu dari kategori yang ana senarai di bawah ini, korang perlu mencuba sendiri keberkesanan Berry Bright untuk mendapatkan kesihatan dan kesegaran mata.
1. Minuman Berry Bright amat di syorkan untuk mereka yang menggunakan contact lens
2. Mata kering dan letih . Berry Bright mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberikan kesegaran dan sokongan pada nata kita.
3. Berhadapan dengan skrin pada jangka masa panjang. Lutein mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang merbahaya ( dari handphone, tv, komputer dll ) yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepatkan proses penuaan mata.
4. Memandu untuk jangka masa panjang.
5. Membaca untuk jangka masa panjang khasnya pelajar .
6. Pendedahan yang berpanjangan pada cahaya matahari.
7. Kemerosotan tahap penglihatan.
8. Rabun malam.
9. Lingkaran hitam bawah mata. Berry Bright di formulasikan untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro ) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan penglihatan yang lebih segar dan jelas.
10. Merupakan sokongan nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata yang lebih baik. Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata telah menaik secara drastik di sebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi dan pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelakkan pelbagai penyakit dan mengekalkan penglihatan.
Kandungan yang terdapat di dalam Berry Bright :
New Zealand Antosianin Blackcurrant
- melegakan keletihan mata
- mengurangkan lingkaran hitam pada mata
- merangsang regenarasi rodopsin (sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan
- Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 biji buah blackcurrant
- Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 biji buah blackcurrant
Ekstrak Eyebright
- Herba Eropah yang di gunakan sebagai ubat mata secara tradisional
- Di gunakan untuk merawat penyakit mata, membantu melegakan mata kering
Ekstrak Marigold
- Sumber yang kaya dengan Beta-karoten, lutien dan zeaxanthin
- Melindungi retina mata, melindungi mata dari sinaran biru yang merbahaya
Vitamin C
-Antioksidan larut air
- Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas
- Meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata
- Tinggi kandungan vitamin C, 500mg per sachet bersamaan 10 biji buah oren
Stevia
- Pemanis tanpa kalori yang 100% semulajadi
- Terbukti selamat untuk pengidap kencing manis
* Bahan ini hanya terkandung dalam Berry Bright dengan Stevia
Ekstrak Bilberry Eropah
- kaya dengan antioksidan seperti antosiannin dan flavonoid
- menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah
* Bahan ini hanya terdapat dalam kandungan Berry Bright dengan Stevia
Ia juga tanpa bahan pewarna dan pengawet dan sesuai untuk vegetarian.
Ia juga tanpa bahan pewarna dan pengawet dan sesuai untuk vegetarian.
2 jenis pilihan Berry Bright untuk semua :
Berry Bright Original
Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal, 38 kalori setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat usia di atas 3 tahun.
Berry Bright Stevia
Tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianninn Bilberry Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tetapi di syorkan kepada individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.
Cadangan Penggunaan dan cara penyediaan Berry Bright
Bagi penjagaan umum, 1-2 sachet sehari sebelum makan.Cadangan untuk pesakit yang mempunyai pesakit mata serius adalah 2-4 sachet sehari.
Cara penyediaan nya :
1. Sediakan 200ml air pada suhu bilik atau ais sejuk.
2. Kacau, gaul dan minum segera untuk menggelakkan pengoksidaan.
Bagaimana cara untuk membeli Berry Bright ni?
Korang boleh mendapatkan produk Berry Bright ni secara pembelian di atas talian atau online dengan melayari ke :
Laman web - https://euryka.my
Facebook : @berrybrightmy
Instagram : @berrybrightmy
Jangan lupa gunakan kod diskaun
anajinggadc01
untuk tawaran diskaun sebanyak 15%
sehingga 15th March 2018
* tertakluk pada terma & syarat.
2 Comments
bagus untuk mata yang kerap mengadap skrin tv, pc & phone macam kita ni. rasa dia pun sedap blackcurrant.
ReplyDeletebetul tu Jue, kak ana suka dengan rasa black currant yang sedap tu, memang refresh mata selepas minum.
Delete