Resepi Nasi Ayam Mudah
Haha..kalau ana kongsikan resepi ni pastilah resepi versi ana sentiasa yang mudah dan cepat untuk di sediakan. Kalau nak cari premium resepi, layari lah ke mana-mana blog masakan dari pakar-pakar masakan tanahair. Ramai ada di Malaysia ni,sambil meng Google tu semak lah satu-satu kay. Kalau versi resepi ana, lebih kepada amatur atau pun masakan harian di rumah. Dengan bahan yang mudah di gunakan dan cara yang seringkas mungin. Bila suri rumah yang hari-hari merebut peluang beroleh pahala masak untuk keluarga macam kami ni, pasti main campak-campak je resepi nya. Janji sedap pada selera keluarga, kenyang Alhamdulillah atas setiap rezeki yang di kurniakanNya.
Dua hari lepas, Kak Long ajak ana masak nasi ayam. Resepi nasi ayam yang bakal ana kongsikan ni, ana pelajari dari sepupu ana yang memang handal bab masak-memasak ni, Halijah atau ana panggil Ija jer. Usianya jauh lebih muda dari ana, tapi memang pandai masak pelbagai menu sampai lah menu untuk majlis perkahwinan sanak saudara, Ija antara masterchef kami di kampung. Jom kita tengok resepi nasi ayam versi Anajingga.
Resepi Nasi Ayam Mudah
Mula-mula kita tengok dulu cara nak masak nasi nya. Bahan paling asas dalam masakan nasi ayam ni ialah rebusan ayam. Ana masukkan ayam yang di potong-potong siap ke dalam periuk.bersama hirisan halia, bawang putih dan secubit garam. Rebus sehingga separuh masak dan gunakan bahan ini sebagai stok untuk nasi, sup dan ayamnya sebagai ayam goreng atau di bakar, ikut citarasa masing-masing.
Untuk resepi masak nasi,menu nasi ayam ni... ana hiriskan halia dan bawang putih. Panaskan periuk nasi, masukkan planta dan tumiskan hirisan halia dan bawang putih. Masukkan beras yang telah di bersihkan terlebih dahulu, kemudian barulah sendukkan stok rebusan ayam tadi ke dalam periuk. Tanak seperti biasa sehingga nasi benar-benar masak.
Sementara nasi masak, sediakan pula sup nasi ayam. Dari stok rebusan tadi, keluarkan bahagian ayam dan bahagikan kepada dua, untuk di masukkan ke dalam sup ( selalunya ana ambil bahagian bertulang dan hati atau pedalnya ) dan bahagian untuk lauk nasi ayam (isi, dada, peha, kepak dan sebagainya ). Ikutlah selera masing-masing.
Untuk sup, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan seketul sup bunjut. Masukkan ayam-ayamnya dan tambahkan dengan air rebusan stok ayam tadi.Nak mudah masukkan terus kicap manis ke dalam sup bila mendidih. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
Untuk ayamnya, ana perapkan bahagian ayam yang di pilih tadi bersama serbuk kunyit, garam dan lumurkan dengan sos tiram. Boleh sahaja di goreng dalam minyak panas dan kalau nak bakar dalam oven pun sedap juga.
Akhir sekali untuk sambal nasi ayam, blend cili merah, sedikit tomato, bawang putih dan masak di dalam periuk kecil. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit cuka. Kalau nak pekat boleh sahaja tambah sedikit gula di jadi seperti Thai sos, dan kalau suka cair, tambahkan air lebih sedikit dan masak sehingga kepekatan yang kita ingin kan. Rasakan dengan garam.
Siap dah dan makan lah bersama ulamnya seperti salad,timun dan tomoato. Mudahkan cara masak nasi ayam veris Anajingga ni.
14 Comments
Dah lama kakcik tak masak nasi ayam. Mee kari pun dah lama tak buat... sejenis kemalasan apakah agaknya? :(
ReplyDeletesama lah kakcik, ana pun ada mood time rajin je menjadi, kalau kemalasan melanda jiwa raga tak payah cerita kan hihi :)
DeleteSedapnya...PC kalau makan nasi ayam suka kuah lebih..hehe..hirup kuah..
ReplyDeletesup nya ye PC ,kasi banjir haha :)
Deleteterbaik
ReplyDeletelayannnzzz NH :)
Deletenampak menarik dan sodap
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selesai lama dah Hans :)
DeleteSedapnyaa nasi ayam tu. Nanti nak try lah buat guna resepi kak Ana ni :)
ReplyDeletejom try versi kak ana lak nani :)
DeleteSedapnya nasi ayam.Boleh buat la cuti nanti. Favorite anak2 ni
ReplyDeletehaah ajak anak-anak join masak sekali kay :)
Deletedah ada resipi ni boleh cuba nanti
ReplyDeletecuba tau arz hihi :)
Delete