Aniq Iffat, ingat lagi tak ? Bintang rockers kecil yang pernah menjadi pemenang tempat ketiga di dalam rancangan Ceria Popstar 2016 tu, mesti ada peminat Aniq kat sini kan? Sebabnya sehari dua ni, banyak jugalah carian masuk ke blog ana tentang Aniq. Haha.. Untuk pengetahuan peminat Aniq semua, tahun 2018 ni, sekali lagi Aniq bersaing dalam rancangan Ceria Megastar yang mana menggabungkan peserta-peserta nyanyian kanak-kanak dari pelbagai program sebelum ini di dalam satu arena pentas. Dan semalam bermula carian awal 6 orang peserta termasuklah Aniq.


kredit foto Astro




Aniq Ceria Megastar 2018


Siaran Ceria Megastar bermula semalam , mulai 2 Mac 2018 setiap Jumaat jam 9 malam di tiga channel Astro iaitu Astro Ceria, Astro Prima dan juga di Astro Maya HD. Malam semalam merupakan saingan saringan minggu pertama dan Aniq salah seorang peserta yang telah pun menunjukkan kehebatannya dengan menyampaikan lagu dari rockers idolanya siapa lagi, Dato' Awie atau lebih mesra dengan panggilan Daddy Awie di kalangan bintang Ceria Popstar 2016 yang lalu.



Kepada peminat setia Aniq korang bolehlah ikuti perkembangannya di :

Instagram@Aniq Official 

atau pun video-video persembahannya boleh subscribe di :


Jangan lupa tau, kita sama-sama nantikan siapakah yang bakal menjadi juara Ceria Megastar 2018 nanti. Mana tahu rezeki Aniq pula kali ni, Aamiinnn!! Kalau korang nak tahu serba sedikit biodata Aniq , boleh lah klik di SINI . Kenapa ana banyak menulis tentang Aniq ni ? Haha..kalau pembaca setia blog www.anajingga.com ni pasti tahu, Aniq ni anak buah ana, anak sepupu iaitu Cikgu Zizun. So, maa long nya kenalah support anak saudara nya ye tak ?! Haha... All the best buat Aniq dalam segala urusan termasuk lah dalam pelajaran dan kerjaya seninya... 

4 Comments

  1. Dah tengok dah..amboi dah bujang dan suara pun dah matang Aniq ni kan kak Ana...dah makin handsome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak ana pun sekali sekala jumpa dia SA, nampak dah besar dah kan :)

      Delete