Best tak filem KL Special Force ?

Sejak trailer filem KL Special Force di mainkan di televisyen kemudian kemunculan Dato' Rosyam Nor dalam program Meletop minggu lepas, semangat sangat nak ajak suami teman kan ana menontonnya di pawagam. Tambahan pula suami pun memang minat menonton action-movie tempatan dan peminat Dato' Rosyam Nor juga. Sebelum ni pun kami tonton KL Gangstar 1 & 2, Balistik dan last movie pun J Revolusi. 

Semalam, memandangkan hari Rabu, harga tiket di TGV flat rate RM9 , jadi kami pun dating lah berdua ke pawagam dan dapatkan tiket tayangan jam 8:45 malam. Panggung full-house semalam, sampai ke seat depan sekali pun penuh. Dan ana nak kongsikan dengan korang, review peribadi dari ana tentang filem KL Special Force yang ana tonton.



Image result for kl special force

Filem KL Special Force 


Pertama kalinya ana nak nyatakan ana bukanlah seorang pengkritik filem atau nak review sangat filem ni dari segi teknikal dan perfileman kerana ana bukan lah ahlinya. Review ini dari kaca mata seorang penonton filem sahaja yang ingin ana coretkan disini. Pada ana, dari saat pertama hingga ke babak akhir, KL Special Force penuh aksi dan penceritaan yang mantap tanpa henti. Babak demi babak penuh dengan tanda tanya, siapa yang menjadi pengkhianat di dalam pasukan polis ? Memang tak dapat nak mengagak langsung antara Lan dan Zul, malahan pegawai-pegawai lain siapa yang menjadi mata Asyraff dan geng Anarkis.



Sama seperti filem-filem Skop Production yang sebelum ini, aksi-aksi tembak menembak, pergaduhan, letopan dan kereta-kereta mewah yang berkecai sangat menarik dan tidak mengecewakan. Ana bangga dengan penghasilan action movie untuk filem tempatan yang di hasilkan. Tahniah. Plot penceritaan yang tidak membosan kan, tidak klise dan paling best sampai lah ke penghujung baharu kita tahu apa sebenarnya rahsia di sebalik setiap watak khasnya Lan, Zul dan Asyraff . 

Image result for kl special force

Ana tertarik dengan mesej yang ingin di sampaikan iaitu kata-kata Asyraff bahawa dunia ini tidak akan musnah oleh kejahatan tetapi oleh orang baik yang menyembunyikan kejahatan itu sendiri. Ada maksud yang tersirat yang harus kita renungkan. Begitu juga bila Lan berkata kepada Zul di babak akhir, dunia ini bukan tempat untuk kita bersenang-lenang. Deep!! 

Pastinya kekuatan filem KL Special Force ini ana dapati dari watak Lan lakonan Dato' Rosyam Nor dan juga Asyraff lakonan Syamsul Yusof. Mantap tak payah cakap lah, kalau Rosyam Nor kan. Bagi lah watak macam mana sekali pun, ( okay itu kerana ana peminat lakonan beliau, jangan ambil sangat point tu haha!! ) 




Tahniah buat Syafiq Yusof dan semua yang terlibat dalam pembikinan KL Special Force yang pada ana bukan sahaja sekadar sebuah filem aksi kepolisan tetapi ada mesej yang tersirat untuk penonton yang jenis pemikir untuk mentafsirkannya. Kalau penonton yang sekadar menonton untuk hiburan juga ia satu tayangan yang baik, tidak terlalu ganas, tiada aksi terlampau, terdedah dan sebagainya. 

Kalau berkesempatan, korang pergilah menonton sendiri apakah mesej dan ending filem ini akhirnya kerana ana tak mahu jadi spoiler pada penonton. Untuk rating out of 5, ana bagi 4.5 . Korang ? Kena tonton sendiri kay... mungkin pendapat kita berbeza, support filem tempatan yang berkualiti macam ni untuk industri filem tanahair. Kalau nak cerita dari segi logik tak logik tu dah nama lagi filem kan, filem antarabangsa tu pun banyak yang tak masuk akal. Filem ni dari kaca mata pengarahan untuk satu penghasilan yang menarik, bukanlah kisah realiti. Ana sekadar memberikan pandangan dari apa yang ana nampak dalam filem ini. Selamat menonton. 
Best tak filem KL Special Force ? Best tak filem KL Special Force ? Reviewed by Ana Jingga on March 15, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. bagus lah kalau enjoy
    hehe
    tiket pun murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. enjoy sangat best Hans,haha nak tiket murah TGV kena tonton hari Rabu dapat flat rate Rm 9 je Hihi :)

      Delete
  2. Mmm...rasa mcm best ja crita dia bila baca posting ana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok Kak Mala, ana suka filem ni menarik :)

      Delete
  3. aida nak tunggu astro first.
    bukan tak support panggung, time x kena, AJ.
    agak busy. anak2 tak minat citer gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada anak-anak kecilkurang sesuai juga Aida,boleh nanti langgan di Astro First kan :)

      Delete

Powered by Blogger.