Bilik Dua Orang di Kolej Melati UiTM Shah Alam
Alhamdulillah.. kejap sahaja rasanya Kak Long dah pun habis sem satu dan dalam keputusan sem satunya Kak Long telah berjaya mendapat Dean List . Tahniah Kak Long walaupun pada mulanya Kak Long dah nak tarik diri dari meneruskan pengajiannya. Cabaran dalam belajar di peringkat Ijazah ini bukanlah mudah. Sebagai ibu ayah kami hanya mampu menyediakan keperluan anak-anak sebaik mungkin, dan mendoakan agar mereka di permudahkanNya juga dalam segala urusan di samping di lindungi Allah swt walau di mana mereka berada.
Bila dah dapat keputusan peperiksaan , perkara kedua yang ana khuatiri setiap kali masuk sem baharu adalah kolej kediaman. Berdebar hati ni Tuhan sahaja yang tahu, untuk sem dua ni, adakah Kak Long masih mendapat tempat di kediaman kolej semula. Sekali ana panjatkan rasa syukur yang teramat, bila Kak Long bagi tahu dia berjaya mendapatkan penempatan semula di Kolej Melati. Dan lebih seronok lagi Kak Long kerana kali ini, dia bakal menghuni bilik untuk dua orang sahaja. Maknanya lebih ada ruang untuk mereka berdua sahaja sebilik.
Bilik dua orang Kolej Melati Shah Alam
Masih menghuni di Kolej Melati, UiTM Shah Alam, kali ini, Kak Long di tempatkan di blok 8 tingkat dengan satu bilik untuk dua orang sahaja. Lebih lega katanya sebilik dengan classmate nya sendiri. Kali ini pemilihan roommate adalah secara random, namun rezeki Kak Long, sederet pintu , merupakan classmate nya. Senang lah pakat nak ke kelas sama-sama tunggu bas atau naik Grab nanti.
Inilah bilik Kak Long dengan roommate nya. Bilik berdua ni agak luas dari bilik sebelumnya yang berempat sem satu dahulu tu. Entrinya di SINI . Cuma kalau dahulu lantainya telah sedia ada tikar getah, kali ini tak ada. Lantai bersimen sahaja. Jadi ramai pelajar yang membawa tikar sebagai alas. Selepas seminggu Kak Long balik ke rumah, ana bekalkannya karpet kecil untuk mereka solat dengan selasa. Tikar yang ana belikan di letakkan di sebelah sisi kanan katilnya sebagai alas lantai.
Bilik berdua ni, lokernya pun lebih besar dari sebelumnya. Katil, tilam, meja tulis, loker,lampu, kipas dan sebagainya masih dalam keadaan yang baik dan selesa. Bilik air dan bilik jemuran masih sama seperti sebelumnya. Cumanya kadar bayaran untuk kolej kediaman bilik berdua ni lebih kurang RM400 lebih untuk satu sem. Murah lah kalau di bandingkan dengan menyewa di luar kan. Yang penting masih tinggal di dalam kampus. Alhamdulillah. Semoga Kak Long akan terus mencapai kejayaan dalam sem kedua ini juga, Aamiin. All the best Kak Long 💖💖
18 Comments
saya dulu pun duduk hostel uitm...
ReplyDeletesatu bilik 2 orang
selesa sikit
Alhamdulillah, bilik berdua ni selasa sangat dah Hans :)
DeleteAlhamdulillah selesa kak long nak study
ReplyDeleteAlhamdulillah Miza
Deletecomel je bilik...tapi janji selesa kan...
ReplyDeleteselesa untuk berdua Eda, Alhamdulillah
DeleteMacam mana kak long dapat kolej yg 2 orang tu? Boleh mohon ke? Sebab saya pun kalau boleh nak duduk kolej
ReplyDeleteHai Sarah,kolej berdua ni Kak Long dapat ketika sem dua, masa sem satu duk bilik berempat, semuanya di tentukan oleh pihak pentadbiran kolej kediaman masing-masing, Sarah buat permohonan sahaja ye, in shaa allah
Deletekolej melati 2 orang? bukan 4 orang ke?
ReplyDeleteHi Nora, ada blok untuk satu bilik 2 orang dan ada blok untuk 4 pelajar satu bilik. Harga pun berbeza ye :)
Deleteoooh i see. kalau saya yg lepasan dip yg baru nak masuk uitm ni(penerapan), boleh ke request untuk bilik berdua terus?
Deletetak boleh request, random je. Dah di tetapkan oleh pihak kolej nanti.
Deleteokay thank you very much
ReplyDeletemost welcome nora , all the best ya
DeleteHai, apa beza harga bilik berempat dan berdua? :)
ReplyDeleteBilik berempat dalam rm200 lebih untuk 1 sem pengajian dan kalu bilik berdua dalam rm400 lebih satu sem :)
Deletehi saya akan masuk degree di uitm shah alam,boleh ke saya pilih bilik untuk 2 orang ? atau ditetapkan ?
ReplyDeletetahniah.. tapi tak boleh pilih dik, di tetapkan dah, apapun masih ODL kan sekarang ni kebanyakan siswa siswi UiTM :)
Delete