Lama dah update perkembangan keluarga Diraja British, Duke and Duchess of Cambridge, Putera William & Kate Middleton. Kate Middleton sekarang ni sedang hamil anakanda ketiga mereka dan di jangka melahirkannya pada bulan April ni nanti. Ana antara peminat keluarga Diraja British ni sejak dari pertunangan mendiang Lady Diana lagi, sehinggalah ke tragedi kematian Lady Diana, ana masih menyimpan keratan akhbar, majalah malahan video tape ( ketika itu masih dalam bentuk video tape ) biografi Princess Diana Spencer. Nostlagia sungguh. 

Dari Prince William dan Prince Harry kecil, sehinggalah ke majlis perkahwinannya yang gilang gemilang bersama Kate Middleton, ana ikuti dan terkini ana nak kongsikan disini foto-foto comel anakanda mereka berdua iaitu Prince George dan Princess Charlotte. Prince George kini berusia 4 tahun manakala Princess Charlotte pula berusia 2 tahun. Comel sangat , dan bila melihat foto-foto Prince George amat mirip wajah dan aksi ayahanda nya Prince William ketika bersama mendiang Lady Diana. Nostalgia sungguh. Jom kita lihat aksi-aksi comel dan cantik  Duke and Duchess of Cambridge bersama putera puteri mereka. 

Credit photos:Instagram @Prince George and Princess Charlotte 














Prince George of Cambridge nama penuh baginda ialah George Alexander Louis lahir pada 22 hb Julai 2013.








Princess Charlotte of Cambridge nama penuhnya Charlotte Elizabeth Diana lahir pada  2 May 2015.