Hari ini, sana sini berkongsi kegembiraan bila buat pertama kalinya penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Seri Siti Nurhaliza berkongsikan wajah-wajah puteri sulung beliau bersama Dato' Seri Khalid sempena majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik . Di majlis itu juga, yang ramai mengikuti nya secara ' live' di channel Youtube DS Siti, mengumumkan nama penuh puteri mereka yang amat di nanti-nantikan oleh semua peminat Siti Nurhaliza. Akhirnya terjawablah sudah , nama penuh anak sulung DS Siti Nurhaliza ialah Siti Aafiyah binti Khalid.

Sebuah nama yang membawa maksud yang sangat baik, mudah dan ringkas. Tak ramai ibubapa sekarang ni yang memberi kan nama Siti pada anak-anak perempuan mereka kan. Ana sendiri nama penuh ada Siti tetapi tidak pula meletakkan Siti pada nama anak-anak perempuan ana . Apapun tahniah kepada pasangan CTDK dan semoga anakanda Siti Aafiyah akan membesar sebagai puteri solehah kebanggaan ayah bonda dan menjadi tauladan yang baik untuk seluruh umat. Aamiin. Ana abadikan di sini beberapa keping gambar wajah-wajah comel Siti Aafiyah untuk coretan kenangan. Kredit buat pemilik-pemilik foto khasnya dari Instagram @CTDK sendiri.


Image result for siti aafiyah

Apakah makna nama anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah ?


Ana juga tertanya-tanya apakah makna di sebalik nama Siti Aafiyah ini dan terjumpa jawapannya di perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri  yang merupakan tetamu istimewa di majlis Maulid, Aqiqah dan Tahnik CTDK pada hari tersebut. 


"Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya baik di dunia, mahupun di akhirat. "Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat. "Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna," katanya menerusi status di akaun Facebook beliau.


Image result for siti aafiyah


Image result for siti aafiyah


Image result for gambar siti aafiyah bt khalid

0 Comments