Mengidam Jambu Kepal
Kisah lalu memang menjadi satu nostalgia bila usia kian hari kian meninggi ni. Bersyukur sangat di atas perjalanan masa yang di izinkanNya ini, untuk kita lalui dan pasti kisah silam kembali bila ia terlintas di minda dan pandangan mata. Amboi . kan main ayat ko, ana :) Tak payah nak puitis sangat lah.. nak bercerita kisah jambu kepal sahaja pun haha :)
Korang kenal tak jambu kepal ? Atau ada juga yang panggil jambu bol. Kalau yang membesar di kampung dan pernah merasa keenakan jambu kepal ni, tentu lah kenal kan.. Jambu ni seangkatanlah dengan jambu susu, yang kini dah menjadi salah satu buah-buahan yang kian pupus dan di lupakan. Bukan sengaja nak melupakannya, namun kerana banyak tempat telah tidak ada lagi pokok jambu-jambu kampung ni. Jadi sukarlah nak di nikmati seperti suatu masa dahulu.
Jambu kepal
Inilah jambu kepal yang ana maksudkan. Kalau dahulu inilah antara kudapan kami di kampung. Teluk Intan. Pokoknya besar dan kalau berbuah lebat jatuh berguguran sampai bertaburan di laman. Pokok ni dahulunya ada di tanam di hadapan rumah arwah tok , ana. Tapi lama dah ia telah di tebang, malahan ketika itu lagi pokok jambu ni dah tua. Arwah tok bimbang ia akan menimpa rumah, jadi ia terpaksa di tebang.
Dan selepas itu. kami semua memang sukar dah nak menikmati buah jambu kepal ni lagi, begitu juga dengan jambu susu. Bagi yang tak pernah merasa, buah jambu kepal ni masam-masam manis rasanya. Kalau ia masak ranum. ia berwarna merah pekat dan belang-belang pink putih. Paling sedap bila ia dah lembik sedikit, cicah dengan gula dan kicap sahaja. Allahu... nikmat sangat.
Baru-baru ni ana balik kampung, sepupu ana, Adik Anom bagitau ada kawanya bagi jambu kepal ni kepadanya. Ana pun bagitahunya suruh simpan kan ana, dapat sebiji pun jadi. Macam mengidam pula kan. Memang mengidam pun, sebab berpuluh tahun rasanya dah tak makan. Dan Alhamdulillah, dapatlah ana makan dalam sepuluh biji, syukur sangat, terubat rasa rindu nak makan jambu kepal.
Menurut kawan Adik Anom, sekarang ni di Teluk Intan tengah musim, dia jual di pasar tani dengan harga RM7 sekilo. Murah sangat tu, sebab payah nak jumpa kan. Kalau di kampung-kampung lama, mungkin masih boleh di dapati lagi. Itu pun kalau ada pokoknya lah. Apapun syukur sangat kerana ana dapat juga makan buah jambu kepal yang di rindui sangat ni, cewahh!! Jangan ada yang mengidam sudah, jenuh pulak nak mendapatkannya nanti.
12 Comments
uishh sedap jambu kepal nih
ReplyDeletetapi sekarang macam susah pula nak jumpa
sedap Hans,masam masam manis rasanya kan :) tuu laa payah nak dapat sekarang ni
DeleteTak pernah makan pulak jambu kepal ni. Nampak maam jambu air tu kan kak Ana :)
ReplyDeletejambu air lain sikit nani, rasa pun beza dengan jambu kepal ni :)
Deleteala sedapnya...kalau kita panggil jambu bol..macam dah payah je nak jumpa jambu ni
ReplyDeletehaah CT ada setengah tempat panggil jambu bol , itu lah dia payah nak jumpa dah jadi rare kan
DeletePeenah mkn tp berbelas thn lepas masa duduk dkt kedah...
ReplyDeletebetul mrs liez,kalau di kampung kampung dahulu memang banyak, cuma sekarang di kampung pun dah payah nak jumpa :(
Deleteada lagi x jambu ni.. teringin jugak :-(
ReplyDeletealahai kalau tak ada musimnya payah nak jumpa :(
DeleteDekat KL ada tak .. Sb member idam lak .
ReplyDeletealahai sian pulak, kalau tengah musim ni ada jual kut kat pasar chow kita tau mana-mana pasar tani, in shaa allah. Cuma tu lah dah rare kan sekarang ni payah nak dapat :) semoga dipermudahkannNya dan ada rezeki buat kawan awak :)
Delete