Rahsia Telur Dadar Gebu Ala Kedai Tomyam

Haha dah kenapa ko ana ? Resepi telur dadar pun nak share ke 😉😉 ? Alaa... apa salahnya, ni ana nak share rahsia cara bagaimana nak dapatkan telur dadar gebu dan garing ala-ala kedai tomyam yang selalu kita makan tu. Perasan tak, bila kita buat telur dadar di rumah, selalunya ia jadi penyet je tak segebu di kedai tomyam. Ana dah try and error kata orang, akhirnya dapat juga hasilkan telur dadar gebu geban. Nak tahu tak ? 




Cara goreng telur dadar ala kedai tomyam


Ini cara ana lah ye, kalau korang ada cara lain boleh lah tinggalkan kat ruang komen tu, mana tahu bolehjuga kita berkongsi manfaat bersama. 



Ana selalunya gunakan dua biji telur ayam, hirisan bawang holland ( bawang merah pun boleh je ) , tomato, lada sulah dan garam. 




Dah nama lagi telur dadar, korang dadarlah dia sekuat hati,jangan tumpah sudah. Bagi gelembong gelembong udara membiak dengan jayanya. 




Dan rahsianyaaaaa....untuk hasilkan telur dadar yang kembang gebu garing macam kedai tomyam tu, pastikan kuali dan minyak korang panas secukupnya. Hasil pukulan yang gelembong udara tadi curahkan terus ke dalam kuali panas, dan In Shaa Allah.. telur dadar akan naik gebu geban dan garing. Masa nak terbalik kan tu sudip kena masuk separuh bahagian telur, baru terlingkupkan, tak pecah nanti. 

Selamat mencuba naa!! Kedai tomyam depa pakai kuali nipis lagi cantik dia punya gebu, kita kan rumah selalunya guna non-stick pan pun boleh jer cuba kay. Ini lah resepi telur dadar yang sempoi dari www.anajingga.com.
Rahsia Telur Dadar Gebu Ala Kedai Tomyam Rahsia Telur Dadar Gebu Ala Kedai Tomyam Reviewed by Ana Jingga on April 08, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. uikk telur dadar ni kalau boleh terbalik dengan jayanya pun dah satu kepuasan dan kebahagiaan hahahaha. nampak dap ibu :D

    ReplyDelete
  2. Fuh menarik telur dadar Kak Ana masak.. Kebetulan LZ pun suka telur dadar gebu camtu.. Harus LZ terus cuba lepas ni.. Terima kasih Kak Ana sudi kongsi tips..

    ReplyDelete
  3. Mmm...hubby kak pula suka telor dadar kering. Tak sukala style tu.. Kita suka yg gebuss..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..saya suka sgt kalau letak tomato tu.

    ReplyDelete
  5. Telur dadar pun nampak sedap time time macam ni kak Ana. Heheh :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.