Satu Lagi Taktik Perangkap Panggilan Scammer
Berdering telefon di talian tetap rumah ana pagi Selasa yang lepas lebih kurang dalam pukul 10:30 pagi. Talian tetap ni memang jarang mendapat panggilan melainkan dari keluarga yang terdekat sahaja kerana semua panggilan melalui handphone sahaja kan. Ana pun jawablah, manalah tahu ada panggilan penting dari sesiapa.
Angkat sahaja ganggang, terdengar satu voice record yang masuk, suara lelaki Cina yang tak berapa fasih sangat bahasa Melayu nya. Panggilan berbunyi lebih kurang macam ni " Talian TNB rumah anda akan di potong dalam masa dua jam. Untuk keterangan lanjut, sila tekan 0 ! Anda akan di sambungkan kepada Customer Services kami." Ana terus letak telefon. Sah sah ini perangkap scammer.
Inilah dia yang selalu diceritakan oleh orang ramai, yang di kongsi-kongsikan oleh pengamal media social. Perangkap scammer!! Ramai yang dah terkena dan kini ana sendiri mengalami. Mujur juga ana cepat alert .
Ana jadi cepat alert bila ana terfikir bahawa bil TNB kami tak pernah overdue atau tertunggak. Jadi apa sebab nak kena potong. Dan lagi satu sememang kita tak pernah mendaftar nombor telefon dengan urusan TNB kan, mana pula datangnya butiran tersebut.
Bayangkanlah andainya yang menerima panggilan tersebut orang-orang tua macam mak atau abah di kampung, yang kebetulan memang bil TNB mereka tertunggak, tak banyak sikit pasti rasa takut kan. Dan tak mustahil akan di sambungkan panggilan kepada si scammer. Nauzubillah.
Bila ana posting di Facebook, ramai yang memberi maklum balas dan menurut mereka pelbagai taktik baharu yang di gunakan antaranya rumah akan di sita, kereta akan di tarik dan sebagainya. Semua itu perangkap scammer dan amat merbahaya. Mungkin taktik bank sudah tak relevan mereka menggunakan MO yang baharu pula. Sampaikanlah pesanan ini kepada keluarga kita yang terdekat supaya mereka peka dan jangan sampai tertipu dengan perangkap scammer. Dan hingga ke hari ini, tiada sebarang gangguan bekalan TNB pun di rumah ana.
6 Comments
Makin melampau mereka ini..
ReplyDeletekita sebagai pengguna kena lebih berhati-hati dan peka pada persekitaran kan Sha
DeleteTerima kasih atas infonya ana...
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat kita semua Fiza, In Shaa Allah
DeleteSaya baru kena 3 hari lepas. Voice mail juga. Ada bayaran tertunggak. Terus letak talipon.
ReplyDeleteye Kak Mala, kalau kebetulan terkena pada yang betul2 ada tunggakan bimbang juga terpedaya kan, kena ingat-ingat kan kepada rakan taulan saudara mara
Delete