Selalu kalau ana ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur mesti terlihat deretan tauhu lembut atau ada orang panggil tauhu Jepun. Tak pernah lagi ana membeli dan memasaknya. Tapi selalu tonton di rancangan-rancangan masakan di Astro nampak macam sedap sangat. Selasa lepas, sambil beli barang dapur di NSK, ana ambil lah satu nak cuba masak sup macam dalam rancangan tv yang ana tonton baru-baru ni. Nak sedap kan ana beli sekali sepeket cendawan enoki. Cendawan enoki ni memang sedap kalau masak kan sup sayur. Jom tengok hasil ana mengolah sup dengan tauhu lembut ni. 





Sup tauhu lembut dengan cendawan enoki 


Masa beli tu terfikir juga , menu masak apakah yang sedap dengan tauhu lembut atau tauhu Jepun ni? Ada juga ana Google sikit-sikit kebanyakannya depa akan masak sup. Ialah ia kan lembut, kalau goreng hancur lah ia kan. Jadi ana pun mencubalah menu sup dengan tauhu lembut ni. Dan Alhamdulillah... sedap sangat, rasanya macam ala-ala tauhu faa tu.. lembut dan enak sangat. 




Inilah dia tauhu lembut tu selepas di keluarkan dari bekasnya, memang lembut goyang-goyang gitu, macam tauhu faa sangat kaedahnya. Makan macam tu pun sedap buh ayaq gula jadi taufu faa, haha 😉😉 Harganya sepeket ni cuma RM1.50 sahaja. Lepaslah untuk seperiuk kecil sup sayur ana tengahari tu.




Bahan-bahan yang ana masak untuk sup tauhu lembut ni ialah :

1 pek tauhu lembut atau tauhu Jepun
1 pek cendawan enoki ( kalau nak letak cendawan lain pun sedap ni )
Isi ayam di potong dadu
Ikan bilis
Bawang besar
Cili hijau
Bawang putih
Tomato ( boleh sahaja letakkan sayuran lain ikut citarasa sendiri )
Sos tiram
Garam secukup rasa.

Caranya :
- Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan isi ayam dan ikan bilis biarkan masak seketika.
- Masukkan sos tiram dan gaul sebati.
- Masukkan pula air secukupnya dan jangan terlalu banyak cukup sekadar untuk kuahnya.
- Dah biarkan mendidih, baru masukkan cendawan enoki dan sayuran lain.
- Selepas sekali didih lagi, baru lah masukkan tauhu lembut yang di potong dadu saiz besar-besar.
- Rasakan dengan garam dan kuak-kuak kan sahaja dan jangan di kacau kerana tauhu akan hancur.
- Matikan api, sedap di taburkan daun bawang dan juga bawang goreng.



6 Comments

  1. Replies
    1. sedap alhamdulillah, kak ana suka makan sup nya sahaja NH :)

      Delete
  2. Alahai kak Ana...kenapa la sedap sangat..SA x terfikir pun nak beli tauhu lembut ni..nanti boleh la beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la SA,kak ana pun selama ni duk tengok je, sekali try sedap lak SA, nanti cuba naa :)

      Delete
  3. Replies
    1. tuu laa Nadia, selera lak kak ana makan hihi :)

      Delete