Ala-ala ber Shell out bersama anak-anak di rumah
Sebelum ni pernah dah ana buat ala-ala shell out di rumah bersama Kak Long, ketika tu Adik Ika masih di kolej. Dan baru-baru ni, Adik Ika dah tamat pengajiannya, balik rumah sahaja beberapa hari, kami pun ber ala-ala shell out sekali lagi. Ini lah hati mak mak kan, kalau makan mesti teringat kat anak-anak, kalau tak dapat makan masa tu, bila anak balik mesti akan masakkannya sekali lagi. Hati seorang ibu katakan..
Ana ke pasaraya dan sambar apa sahaja yang ada ketika itu, rezeki kami tengahari tu dapat lima ekor ketam, sotong, udang dan kerang sahaja. Jagung pun ana beli dua tongkol dan sedikit brokoli. Dan inilah dia menu ala-ala shell out yang tersaji untuk kami sekeluarga.
Meriah kan menu ana untuk Adik Ika 😊😊 Kalau korang nak resepi boleh jer klik kat SINI . Tapi kan mudah sangat lah nak buat versi ana ni, main campak-campak je kata orang. Sebab banyak pula khazanah nya, ana masak dalam kuali besar dan hidang kan dalam dulang, baru nampak selambak atas meja.
Sebagai side dish nya kami buat salad simple dan aktiviti ratah meratah pun bermula lah. Memang puas kalau makan selambak macam ni sekeluarga, seronok berebut-rebut je kan. Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat yang kami perolehi di atas muka bumi ini.
2 Comments
Sedapnya Ana, Sue memang suka makan seafood macam nie..
ReplyDeletepuas hati masak sendiri di rumah kan Sue, makan sekeluarga :)
Delete