Pengat Labu Manis Menu Tradsional Lama
Pengat, antara menu tradisional lama yang kian di lupakan. Ana sendiri kurang gemar makan pengat kerana kemanisan rasanya. Namun, kita boleh sahaja olah kan resepinya menjadi menu sihat dengan mengurangkan kemanisan dalam masakan ini. Balik kampung untuk ifar bersama keluarga Ramadan 2018 ni, wancu tanya nak masak apa dengan buah labu yang ada di rumahnya. Suami ana laju jawab suruh masak pengat labu, atau orang Kelantan panggil sira labu. Bukan apa sebab kalau di rumah ni, memang ana jarang masak labu kerana anak-anak tak suka makan, suami sahaja yang menggemarinya. Ana pun kurang makan labu kerana semput bila makan, kata orang tua-tua angin.
Memandang kan kami di kampung, ramai pemakannya maka terhasillah pengat labu yang di masak oleh wancu, ana. Wancu ni panggilan untuk ibu saudara yang paling bongsu kalau kami di Perak ni. Jom kita tengok cara masak pengat labu yang amat mudah dari wancu.
Cara masak pengat labu
Bahan-bahannya pun mudah sahaja,ni versi pengat kampung gituew 😊😊 Labu di hiris nipis. Masakkan terlebih dahulu gula merah dan gula putih ( ikut kemanisan yang dikehendaki) di dalam sedikit air bersama hirisan labu tadi. Apabila ia mendidih dan labu empuk, baharulah masukkan pati santan dan secubit garam. Masukkan daun pandan dan biarkan masak sehingga pekat. Siap dah satu menu tradisional Melayu lama yang tak kurang sedapnya khas buat penggemar labu.
6 Comments
Sira labu kenduri kahwin banyak orang buat tu. Sedap ! Ciktie suka
ReplyDeletewahh kena buat banyak la ye untuk majlis perkahwinan Cik Tie :)
DeleteUitt... tak pernah makan lagi la kak Ana pengat labu ni biasa makan pengat pisang n ubi jer..
ReplyDeletelebih kurang je kuahnya Mrs A,isi nya berbeza :)
Deletesedap ni :)
ReplyDeletekan Ejulz :)
Delete