Adik Ika memang minat sangat bab baking membaking ni. Sejak dia tamat pengajian dan ada di rumah sepanjang Ramadan ni, bab pencuci mulut untuk iftar memang ana serahkan pada dia sahaja. Sekurang-kurang nya ada juga aktiviti nya sebelum menyambung semula pengajian akan datang, In Shaa Allah. Petang tu dia sibuk nak buat kek pisang, masalah sikit sebab mixer ana rosak. Dari sehari ke sehari nak membeli hat baharu, belum berkesempatan lagi nampaknya. 

Ana pun belikan sesikat pisang montel , lupa nak cerita, memang teringin sangat nak makan pisang sejak dua menjak ni. Bukan apa, dulu masa kecil-kecil memang pisang ni bukan lah buah feveret. Maklumlah kan tinggal di kampung, naik jemu jelak makan pisang. Dah itu sahaja buah yang ada di keliling rumah. Bila dah tinggal di bandar ni, usia pun kian keemasan, kembali merindui makanan dahulu kala. Hambik ko!! Pisang sekarang ni timbang kilo, sekilo RM 4.50. Dulu-dulu kira sesikat je pisang kan. Zaman dah berubah.





Berbalik pada cerita kek pisang Adik Ika, kami pun cuba lah olah resepi kek pisang kali ini dengan menggunakan blender sahaja. Alhamdulillah menjadi juga cuma tidak begitu naik gebu geban. Tapi sedap dan basah tekstur kek pisang ni. Adik Ika ada lebihan cream cheese,di topping kannya kek pisang dengan cream cheese, ala-ala pisang cheese katanya. Jom ana share kan resepi mudah kek pisang. 

Resepi Kek Pisang 

Bahan-bahan untuk membuat kek pisang:

4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri )
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam




Cara-cara membuat kek pisang :

- lenyekkan pisang terlebih dahulu, pisang ni ikut saiz kalau kecil boleh sahaja tambah. 
- pukul telur dan gula hingga kembang.
- masukkan pisang yang telah dilenyek.
- ayakkan dahulu tepung kek bersama tepung jagung dan soda bikarbonat.
- masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan.
- masukkan minyak dan secubit garam.
- bakar di dalam oven pada suhu 160' selama 40 minit atau satu jam sehingga masak.
- sejukkan dan bolehlah disajikan untuk keluarga.

Untuk topping cream cheese :

Blendkan cream cheese, whipping cream dan susu pekat. Perahkan sedikit perahan lemon jika suka. Siap. Selamat mencuba ✌✌

6 Comments

  1. Alahai.. ternampak kek pisang kak ana pula.. sedapnya..

    ReplyDelete
  2. nak cuba nnt resepi ne. tq share tau. :)

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  3. aida biasa buat, yg simple aje.
    resepi paling simple dlm dunia :) hi hi hi
    tak pandai topping topping l AJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. topping sapu je Aida hehe kak AJ pun tak pandai deko-deko kek ni :)

      Delete