Baru-baru ini viral kisah kuih kuba guling di media social tempatan. Ana tak pernah lagi merasainya, namun tak pula teringin sangat nak mencubanya. Biasalah benda-benda viral ni belum tentu kena dengan selera kita kan, sekadar menjadi ikut ikutan dan trend semasa sahaja. Kalau di lihat dari bahan yang di gunakan untuk membuat kuih kuba guling ni, seakan sama kuih kasui sahaja kan, jadi ana yakin rasanya pun tak jauh berbeza, barangkali.

Kerbau lah, badak lah macam-macam nama kuih Melayu Tradisonal ni kan.Semuanya berkisar tentang alam disekitar kita sahaja. Dan hari ini, ana nak kongsikan satu lagi resepi menu ibunda yang tak kurang sedapnya. Anak-anak ana pun gemar memakannya, kata Adik Ika, rasa kuih mocci dari Jepun tu.Sama lah anak ku, dah bahannya lebih kurang sahaja, cuma mocci tidak berkuah kan.




Resepi Kuih Badak Berendam

Bahan-bahan kuih badak berendam

Untuk bahan inti kelapa :

Gula merah
Gula putih
Kelapa parut ( kelapa muda lagi sedap )
Sehelai daun pandan

Didihkan gula merah dan gula putih, masukkan sedikit air dan masukkan kelapa parut dan daun pandan. Masak sehingga kering. 




Untuk doh :
3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air pandan ( blend kan air bersama 4-5 daun pandan )
Sedikit pewarna hijau


Cara buat doh badak berendam :

Adunkan kesemua bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembut atau basah. 




Bentuk kan bulat dan leperkan mengikut saiz yang di kehendaki. Isikan inti kelapa dan bulat kan semula.




Didihkan air di dalam periuk, dan masukkan bebola doh badak berendam. Apabila bebola doh timbul, ia bermakna doh telah masak.




Bahan untuk kuah kuih badak berendam :

3 cawan santan pekat
sesudu makan tepung beras
2 helai daun pandan dan simpulkan
secubit garam

Untuk kuahnya, ada dua teknik yang boleh di gunakan. Pertama masakkan bahan-bahan kuah di dalam periuk dan tuangkan ke atas doh yang siap. Cara kedua ialah, tuangkan kuah yang di bancuh ke dalam bekas bersama doh dan kukus seketika di dalam kukusan.

~Selamat mencuba~

8 Comments

  1. Replies
    1. sedap sesekali makan kuih tradisional kan NH :)

      Delete
  2. dah lama x makan mcm2 ni.. teringin pon ado kdg. hehee

    ReplyDelete
  3. Sukanya badak berendam nie.. Makan time berbuka memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk kan dalam fridge lagi sedap kan Sha :)

      Delete
  4. asben aida minat kuih tradisi gini, AJ.
    dia akan jadi rambang mata kalau ke psr ramadhan, sampai gerai kuih muih gini.

    ReplyDelete