Setiap kali melalui plaza tol PLUS, ana sering tertanya-tanya, apakah makna perkataan BET yang tertulis di salah satu terminal plaza tol nya? Sibuk je nak tahu kan...hehe . Bukan apa, kadang-kadang macam tak ada benda nak fikir, benda remeh temeh macam tu pun bermain di fikiran. Kadang-kadang ana tanya suami, macam-macam jawapan di berinya, sekadar jawapan je ltu, malas nak layan isteri dia lah tu. 





Dari terus tertanya-tanya dan berteka-teki, ana posting di facebook dan dari komen sepupu ana Shukri dan adik blogger Arzmoha, dapatlah jawapan yang di cari iaitu makna perkataan BET itu adalah Bus Express Terminal atau pun bermaksud kaunter tol tersebut untuk laluan bas express membayar tol. Tapi bukanlah untuk bas sahaja, boleh sahaja di gunakan oleh kenderaan lain selain dari bas. Mungkin ada mesin pengimbas kadar bayaran khas untuk bas agaknya kan. Ana pun tak pasti apa yang bezanya dari kaunter-kaunter tol lain, Waallahu a'lam.