Tahun ni persediaan sambutan Aidil Fitri memang tak ada perancangan langsung. Apabila anak-anak masih menuntut di IPTA kewangan keluarga akan lebih tertumpu pada keperluan dan perbelanjaan mereka. Rezeki dari blog banyak membantu suami untuk persiapan persiapan raya termasuk lah pelbagai tajaan untuk pakaian dan tudung kami sekeluarga. Alhamdulillah. Selesai beraya di Teluk Intan, bila ada lagi tungakan payment dari pengiklanan masuk, baharu lah ana berani membeli perhiasan dekorasi rumah untuk nampak kemeriahan beraya. Ana sempat ke Kaison membeli langsir dan mata ni tertarik pada bunga-bunga hiasan berwarna putih yang ada di sana. Ermm... Ana dan bunga berpisah tiada.

Maka tahun ini, ana memilih untuk mendekorasi ruang tamu dengan beberapa koleksi bunga hiasan berwarna putih dari Kaison dan Romantika. Dan ana kongsikan di sini yang mungkin memberi sedikit inspirasi buat peminat bunga-bunga hiasan rumah dengan tema warna putih, juga. 



Idea dekorasi ruang tamu dengan bunga hiasan berwarna putih



Gubahan bunga rose putih bersaiz besar ni ana letakkan di ruang menonton bersebelahan LCD di tengah-tengah feature wall dengan garapan wallpaper juga dari Kaison berwarna gelap motif urat kayu. Sengaja ana pilih yang besar-besar supaya memberi impak pada sudut yang hampir kesemuanya berwarna hitam seperti LCD dan speaker. Dengan adanya sejambak bunga rose besar berwarna putih memberikan seri pada ruang. 




Di ruang makan pula, ana letakkan sebuah meja konsul dengan hiasan frame gambar keluarga dengan berlatar belakangkan 3 buah cermin panjang, ana hiasi penuh dengan bunga orkid harimau berwarna putih di dalam sebuah pasu tinggi. Ini supaya refleksi kepada cermin memberikan kesan pandangan yang luas pada ruang tamu. Bunga orkid ini ana beli di Romantika sahaja. 




Satu sudut di antara ruang makan dan ruang tamu, ana hadirkan sebuah meja kaca dengan hiasan perhiasan kaca di serikan dengan sepasu bunga orkid putih hadiah dari ibu saudara ana dari Teluk Intan. Suka sangat sudut ni walaupun selalu sahaja bergegar jantung bila anak-anak bulus bermain di sekitarnya. Ana memang meminati hiasan kaca khasnya kaca berlian yang ana pamerkan di dalam almari. Lagi pun rumah ni,tak ada anak-anak kecil dan kalau ada anak-anak buah bakal berkunjung , awal-awal lagi ana akan simpan untuk keselamatan kanak-kanak kan. 




Akhir sekali di atas meja kopi atau coffee table, ana letakkan seikat bunga rose putih di dalam balang kaca yang rendah sebagai penyeri meja. Di alas dengan kain alas meja lace yang simple.Bunga ini juga ana beli dari Kaison siap di gubah cuma tinggal masukkan sahaja ke dalam balang berbentuk gelas kaca. 

Di sini juga ana sertakan beberapa keping gambar dekorasi ruang tamu dengan gubahan bunga hiasan berwarna putih untuk memberi kan idea dan inspirasi dalam mentata rias ruang. Semoga dapat memberi ilham buat puan-puan di luar sana menghiasi rumah kerana bagi ana, rumah adalah syurga sebuah keluarga tempat istirehat dan beribadah bersama anggota keluarga. Tidak kira lah rumah jenis apa sekalipun, hiasi lah dengan kemampuan masing-masing supaya kemas, bersih, cantik dan selesa di huni. 


Image result for white flower for living hall


Image result for white flower for living hall


Image result for white flower for living hall


Image result for white flower for living hall


Image result for white flower for living hall


Image result for white flower for living hall


Credit photos to Pinterest.com

12 Comments

  1. Sependapat, dekorasi bunga putih diruangan nambah kesan elegan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu HS warna yang boleh mudah di suaikan dengan padanan warna apa sekali pun :)

      Delete
  2. haah lah memang naik serinya.. tq for tips

    ReplyDelete
  3. Rumah ana cantik betul.. ganding dengan bunga2 putih memang nampak eksklusif gitu :)

    ReplyDelete
  4. cantik.. minimalis bila letak bunga putih. tapi CT suka yang tak kembang sangat. rimas hehe..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak ada dekorasi macam tu di rumah

    ReplyDelete