Hari Isnin lepas, berakhir lah drama siri Monalisa yang ana layan habis sepanjang 80 episod. Memang terbaik lakonan Mona Allen yang membawakan watak degil, keras hati dan jahat si Mona dalam siri ni. Episod akhir pun macam ada konflik yang tak selesai bila Mona yang dah meninggal setahun tiba-tiba di jelmakan sebagai PA Melissa. Apakah akan ada sambungan drama ini nanti ? Kita tunggu sahaja lah yer.. 

Menggantikan slot Tiara drama di Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang ni pula sebuah lagi drama adaptasi dari telenovela yang dah 3 kali ana tonton sejak dari siaran asalnya pada tahun 2005 lakonan pelakon kesukaan ana Christine Hermosa dan Jericho Rosales iaitu siri hebat airmata Sana'y Wala Nang Wakas. Untuk sinopsis dan kisah drama asal dari Filipina ini korang boleh baca di SINI . Tapi kali ini kita layan pula versi Malaysia gandingan lakonan Nelydia Senrose dan Aedy Ashraf. 


Cinta Tiada Ganti



Drama Cinta Tiada Ganti 

Sama seperti Sana'y Wala Nang Wakas yang ana hadap berbulan-bulan, drama Cinta Tiada Ganti ini juga bakal mengheret penontonnya selama 100 episod. Haha! Bertabah lah ye. Diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Feroz Kadir, Cinta Tiada Ganti dibarisi pelakon berbakat tanah air iaitu Nelydia Senrose , Aedy Ashraf , Hafidz Roshdi , Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Nik Adam Mika, dan Husna Mustaffa.

Jadi sama-sama lah kita ikuti telenovela Cinta Tiada Ganti sambil mengimbas kembali nostalgia cinta Ara dan Christian dalam Sana'y Wala Nang Wakas hingga ke episod akhir nanti. 



6 Comments

  1. aida folo monalisa ari tu.
    now, tak nak folo lagi!!!
    seksa lah menunggu waktu siaran ha ha ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak ana pun,lagipun adaptasi drama sanay wala nang wakas ni macam tak leh nak feel sebab kak ana lebih terikut siri Pinoy asal nya hehe :)

      Delete
  2. Fuhh 100 episod ni, memang tak terlayan lah kalau Nani. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. Wah.. panjangnya.. sampai 100 episod.. emmang taklah nak ditonton.. tak lalu.. kikiki..

    ReplyDelete