Ikan cencaru antara ikan yang bukan ikan kegemaran ana, kerana ketika ana dalam pantang melahirkan puteri berdua dahulu, hampir setiap hari mak akan bagi ikan cencaru ni sebagai menu proteinnya. Sampai dah jemu jelak ke hari ini. Tapi tak boleh nak elak dari memakan atau memasaknya kerana ikan jaket ini kegemaran suami dan Kak Long pula, aduhai... Nak tak nak untuk selang seli kan lauk harian, jumpa juga lah ikan cencaru ni. 

Ana beli dua ekor di kedai runcit dan suami dah request nak suruh masakkan ikan cencaru sumbat kelapa. Balik rumah dan minta pekedai siang belah belakang siap-siap, ana sediakan lah bahan sambal sumbatnya dan Alhamdulillah terhasillah menu kegemaran suami dan Kak Long, ikan cencaru sumbat kelapa.




Ikan Cencaru Sumbat Kelapa 

Bahan-bahannya :

Ikan cencaru di belah belakang
Cili kisar
Bawang besar 
Kelapa parut
Serai di hiris halus
Kunyit hidup atau serbuk kunyit pun boleh jerr
Bawang putih
Sedikit belacan
Air asam jawa

Cara masak ikan cencaru sumbat kelapa :


1. Ikan cencaru bersihkan,sapukan garam dan kunyit. Ketepi kan dahulu.

2. Masakkan sambalnya, bawang besar, bawang putih, serai, belacan dan kunyit di kisar atau di tumbuk lumat.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, masukkan cili kisar dan biarkan masak. Kacau selalu agar tidak hangus.

4. Rasakan dengan garam, masukkan air asam jawa secukupnya. 

5. Bila dah masak sambalnya baharulah masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan seketika.

6. Sumbat ke bahagian ikan cencaru yang di belah belakang dengan padat. 

7. Boleh lah sama ada ingin di goreng atau pun di bakar ikan cencaru tadi bersama sambal yang di sumbat. Sebab itu lah namanya ikan cencaru sumbat, hehe 😊😊


~ Selamat memasak ~ 

10 Comments

  1. Wahhh sedapnyaaa! kalau Ikan Cencaru Sumbat Kelapa boleh lawan dengan kuah apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak ana suka dengan kuah masak lemak putih sayur ke kan :)

      Delete
  2. sukaaa ikan jaket ni.. tapi yang sumbat tu tak makan sangat. amek sikit2 ja.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT ada yang sumbat sambal je tanpa kelapa pun sedap gak :)

      Delete
  3. Replies
    1. Owhh suka ye anak2 Miza,pandainya makan kan Alhamdulillah :)

      Delete
  4. Ikan cencuru ..., nama ikannya unik sekali,kak.
    Sepertinya sedap betul rasanya.

    Terimakasih resepnya,ya.

    ReplyDelete