Viral sungguh menu tauhu bergedil ni sekarang, ramai yang menjualnya dan nampak bukan main sedap kan. Sebelum ni ana pernah makan tauhu sumbat yang mak ana buatkan, dan bila anak-anak ada di rumah ni, depa nak sangat try masak tauhu bergedil ni di rumah. Macam biasa ana sediakan bahan-bahan dan Kak Long bersama Adik Ika cari resepinya dan mereka lah yang mencubanya. Alhamdulillah, menjadi dan sedap.. ana simpan dahulu resepinya disini untuk rujukan sendiri nanti dan mungkin bermanfaat buat yang mencari resepi ini juga, In Shaa Allah.






Resepi Tauhu Bergedil

Bahan-bahan untuk tauhu bergedil 




Tauhu kering 
4 – 5 biji kentang 
Ayam/daging kisar
2 – 3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bawang besar
2 biji telur 
Daun bawang
Garam (secukup rasa)


Cara masak tauhu bergedil


1. Rebus kentang dan lecek hingga lembik.

2. Tumis bawang putih, bawang besar dan masukkan daging kisar, kacau sebati sehingga masak. Matikan api dan sejukkan seketika.

3. Satukan kentang lecek bersama bahan daging. Masukkan daun bawang dan rasakan dengan garam secukup rasa. 




4. Tauhu kering di potong bahagian atasnya supaya boleh mengisi inti bergedil ke dalamnya.



5. Isi kan bahan bergedil ke dalam tauhu kering kemas-kemas.



6. Pukul telur sehingga kembang, campurkan sedikit garam. Gaulkan tauhu bergedil ke dalam telur dadar sehingga meliputi keseluruh bahagian.

7. Panaskan minyak dan goreng serta balik kan tauhu bergedil sehingga masak garing. 

8. Sedap di makan dengan sambal kicap atau pun kami makan dengan Thai sos sahaja. Satu menu yang menyelerakan.