Viral sungguh menu tauhu bergedil ni sekarang, ramai yang menjualnya dan nampak bukan main sedap kan. Sebelum ni ana pernah makan tauhu sumbat yang mak ana buatkan, dan bila anak-anak ada di rumah ni, depa nak sangat try masak tauhu bergedil ni di rumah. Macam biasa ana sediakan bahan-bahan dan Kak Long bersama Adik Ika cari resepinya dan mereka lah yang mencubanya. Alhamdulillah, menjadi dan sedap.. ana simpan dahulu resepinya disini untuk rujukan sendiri nanti dan mungkin bermanfaat buat yang mencari resepi ini juga, In Shaa Allah.






Resepi Tauhu Bergedil

Bahan-bahan untuk tauhu bergedil 




Tauhu kering 
4 – 5 biji kentang 
Ayam/daging kisar
2 – 3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bawang besar
2 biji telur 
Daun bawang
Garam (secukup rasa)


Cara masak tauhu bergedil


1. Rebus kentang dan lecek hingga lembik.

2. Tumis bawang putih, bawang besar dan masukkan daging kisar, kacau sebati sehingga masak. Matikan api dan sejukkan seketika.

3. Satukan kentang lecek bersama bahan daging. Masukkan daun bawang dan rasakan dengan garam secukup rasa. 




4. Tauhu kering di potong bahagian atasnya supaya boleh mengisi inti bergedil ke dalamnya.



5. Isi kan bahan bergedil ke dalam tauhu kering kemas-kemas.



6. Pukul telur sehingga kembang, campurkan sedikit garam. Gaulkan tauhu bergedil ke dalam telur dadar sehingga meliputi keseluruh bahagian.

7. Panaskan minyak dan goreng serta balik kan tauhu bergedil sehingga masak garing. 

8. Sedap di makan dengan sambal kicap atau pun kami makan dengan Thai sos sahaja. Satu menu yang menyelerakan.



18 Comments

  1. Wahhh...sedap.. Terima kasih atas perkongsian resepi ni. Boleh dicuba ni

    ReplyDelete
  2. kiteee
    suka
    ni.... Kak Ana tolong la buatkan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa meh datang sini bawa pinggan CT hehe :)

      Delete
  3. Sedapnya. Bolehlah cuba nanti ni kak ana

    ReplyDelete
  4. thanks kak ana. Boleh try wekend ne

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa kak Ana. Nani pernah beli aje, nanti nak try jugaklah buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri puas hati nani, makan banyak2 hehe :)

      Delete
  6. Langsung kebayang enaknya tahu berisikan daging ayam cincang ...

    Disantapnya pakai sambal kecap, wah tambah lahap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang enak HS cuba lah resepi yang sedang viral di Malaysia ni :)

      Delete
  7. Sha suka makan tauhu bergedil ini.. Tambah kalau cicah kicap cili.. Tapi bila dah viral, makin susah pula nak jumpa tauhu kering tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Sha, kalau di sini kat pasaraya NSK ada banyak :)

      Delete
  8. Senang aje buatnya..boleh la SA cuba nanti..memang viral sungguh tauhu ni..SA ada order dari blogger cik za..tunggu 23hb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti SA cuba pula buat sendiri :) buh cili api banyak2 hehe

      Delete
  9. kat mana nak cari tauhu kering tu kak ana.. nanti nak try buat gak duk ngidam lama nak makan hahaha kat kedah tu jumpa pulak yg COD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kedai runcit dan pasaraya ada jual Ekin, cuba lah boleh makan puas2 hehe

      Delete