Bila ana postingkan gambar jeruk buah binjai ni di Facebook, ramai rupanya yang tak pernah makan atau melihat bagaimana rupanya buah binjai ni. Ana akui, memang dah makin pupus buah binjai sekarang ni.Pokoknya pun dah tak banyak yang tinggal. Pokok binjai ni dahulu ada di sekitar rumah arwah tok, tapi kini memang dah tak ada dah pun. Buah binjai ni berwarna coklat dan isinya putih cream. Rasanya, ya amat lah masam. Tapi kan, ana pernah merasa makan buah binjai yang manis pemberian jiran ana, Man. Serius.. memang manis. Rasa pelik ketika merasainya kerana setahu ana buah binjai amatlah masam. Kecur air liur bila sebut buah binjai.





Jeruk Binjai

Jeruk binjai ni pemberian jiran ana, Zura yang di bawanya dari kampung Zura di Melaka. Bila di jeruk sekali pun rasanya masih masam. Zura letakkan hirisan buah binjai bersama gula, garam dan cili padi hiris dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari. Sedap juga bagi penggemar asam macam ana ni. Buah binjai juga sedap di campurkan bersama sambal belacam. Sama macam sambal kuinin atau bachang, hiriskan isi binjai dan tumbuk bersama cili dan belacan. Buah binjai ni menu orang dahulu lah kan, orang kampung lah katakan.