Jeruk Binjai
Bila ana postingkan gambar jeruk buah binjai ni di Facebook, ramai rupanya yang tak pernah makan atau melihat bagaimana rupanya buah binjai ni. Ana akui, memang dah makin pupus buah binjai sekarang ni.Pokoknya pun dah tak banyak yang tinggal. Pokok binjai ni dahulu ada di sekitar rumah arwah tok, tapi kini memang dah tak ada dah pun. Buah binjai ni berwarna coklat dan isinya putih cream. Rasanya, ya amat lah masam. Tapi kan, ana pernah merasa makan buah binjai yang manis pemberian jiran ana, Man. Serius.. memang manis. Rasa pelik ketika merasainya kerana setahu ana buah binjai amatlah masam. Kecur air liur bila sebut buah binjai.
Jeruk Binjai
Jeruk binjai ni pemberian jiran ana, Zura yang di bawanya dari kampung Zura di Melaka. Bila di jeruk sekali pun rasanya masih masam. Zura letakkan hirisan buah binjai bersama gula, garam dan cili padi hiris dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari. Sedap juga bagi penggemar asam macam ana ni. Buah binjai juga sedap di campurkan bersama sambal belacam. Sama macam sambal kuinin atau bachang, hiriskan isi binjai dan tumbuk bersama cili dan belacan. Buah binjai ni menu orang dahulu lah kan, orang kampung lah katakan.
10 Comments
Seumur-umur baru kali ini aku lihat foto fisik buah binjai.
ReplyDeletePutih bersih dagingnya ya ..., mirip - mirip dengan daging buah rambutan.
rasanya terlalu masam jeruk HS bukan manis seperti rambutan ya haha :)
Deletelama sangat2 dah x jumpa buah ni. rare n hamir pupus
ReplyDeletebetul tu Aeinna, memang dah makin pupus dah kan :)
DeleteSha pernah tengok buah bijai ini.. tapi tak adalah rasa sebab katanya masam..
ReplyDeleteYa Sha masam ya amat :)
DeleteSuami orang Melaka lepas kahwin baru kenal buah Binjai tapi sayang tak reti makan..tak boleh masuk rasa dia tuh
ReplyDeleteKann masam sangat Rodiah, ada orang yang tak mampu nak makan hehe :)
DeleteBau dia tu yang nostalgia sangat....
ReplyDeleteKann Kak Mala dia ada aromanya yang tersendiri :)
Delete