Menu Pantai Timur Nasi Impit , Sambal Kacang dengan Serunding Ikan

Menu raya ini sebenarnya menu kegemaran suami ana. Ana pun belajar makan nasi impit bersama sambal kacang bersama serunding ikan setiap kali hari raya bersama arwah bapa dan mak mertua di Kuala Lipis. Keluarga mertua ana orang Kelantan. Selepas mak dan ayah mertua dah tiada, suami selalu rindu untuk makan menu ini. Jadi ana ambil resepi dari kakak ipar sulung ana dan dah beberapa kali ana masak kan untuk suami khasnya ketika Hari Raya Aidil Adha. 




Beza nasi impit tradisional / ketupat nasi dan yang  segera

Nasi impit sekarang ni mudah sangat nak di sediakan kerana adanya yang segera. Jika dahulu ana pernah melihat arwah mak mertua buat sendiri nasi impit. Malam raya tu mak masak nasi kemudian panas-panas di bungkus dalam kain putih, balut dengan kain batik kemudian di tindih dengan pemberat macam lesung batu atau batu giling tu untuk mendapatkan kesan himpitan dan padat. Esok paginya dah boleh potong-potong dan mak potong guna benang. Nostalgia sangat pengalaman masa tu, pertama kali ana lihat proses membuat nasi impit tradisional. 

Kalau ketupat nasi pun bukan mudah prosesnya. Kena anyam sarung ketupat dari helaian daun kelapa kemudian isi kan beras pun kena betul sukatannya supaya tak merkah sarung ketupat nasi nanti bila masak.Kemudian rebus dalam air panas sehingga masak dan toskan sehingga sejuk. 

Cara masak nasi impit segera ni mudah sangat, cuma basuhkan paket beras dan kemudian rebus sehingga keras. Selalunya dalam masa 1 jam dah masak elok dah. Kemudian toskan dan sejukkan baharu lah boleh di potong kalau tak pecah nanti, tak cantik hasilnya. 


Cara masak sambal kacang



Masak sambal kacang pun tak kurang juga renyahnya. Mula-mula ana goreng kan kacang tanah, goreng tanpa minyak kena kacau selalu supaya tak hangus. Kemudian proses membuang kulitnya, kena buat time panas-panas juga kemudian tampi untuk asingkan kulit dengan kacang. Lepas tu, ana tumbuk dalam lesung batu sebab kalau blend kacang jadi hancur sangat tak berapa enak di makan sebab tak ada krup krup. 

Bahan untuk tumisan sambal kacang versi anajingga ialah bawang merah, lengkuas, serai, cili giling, air asam jawa sedikit, gula kabung atau gula merah, garam dan air secukupnya. Tumiskan serai yang di ketuk kemudian masukkan bahan blend iaitu bawang merah dan lengkuas. Masukkan cili giling dan kacau sebati, masukkan kacang yang ditumbuk tadi. Masukkan sedikit air dan bila dah sekali mendidih , masukkan pula gula dan air asam jawa sedikit. Rasakan dengan garam. 

Serunding ikan



Resepi serunding ikan:

Bahan-bahan:

Beberapa ekor ikan kembung atau sardin-direbus dan dibuang tulang
1/2 biji kelapa parut-digoreng kering hingga keperangan
1 batang serai-dimayang halus
2 ulas bawang besar-dimayang halus
sedikit gula kabung atau gula merah
garam secukup rasa

Caranya: kesemua bahan di gaul rata dan ditumbuk halus didalam lesung batu.Itu sahaja.



Menu Pantai Timur Nasi Impit , Sambal Kacang dengan Serunding Ikan Menu Pantai Timur Nasi Impit , Sambal Kacang dengan Serunding Ikan Reviewed by Ana Jingga on August 25, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. biasasaya makan nasi impit dengan kuah kacang je tak pernah lagi makan dengan serunding. beruntungnya ada pnegalamn buat nasi impit sendiri, saya cuma tahu buat nasi impit segera je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah satu pengalaman berharga juga tu AE :)

      Delete
  2. selalu makan serunding ikan dalam karipap mini jee kecik2 tu.. yang makan banyak2 cemni x penah lagi seingat CT.. menarik jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap CT ada kesempatan kena cuba nanti kay :)

      Delete
  3. Sedapnyaa kak Ana. Nani selau makan dengan kuah kacang aje. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nani try buat serunding dan makan dengan sambal kacang pula nani :)

      Delete

Powered by Blogger.