Anak-anak Tipah kian membesar

Kalau korang pernah baca kisah anak-anak Tipah ni pada entri ana yang lepas di SINI , sehingga ke hari ini, kami lah yang membesarkan budak bulus dua beradik ni. Sampai ke saat ini, Tipah tak muncul terus. Hanya Allah swt yang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada ibu kucing dua beradik ni selepas hilang ketika kami balik beraya Syawal yang lalu. 

Bermacam yang bermain di fikiran ana dan anak-anak. Mungkin kah Tipah di buang orang yang tak ada belas ehsan pada makhluk Allah swt ni, atau pun Tipah dah tiada lagi atau pun yang paling tak mahu kami terima di fikiran Tipah di ambil oleh pendatang asing yang tak sanggup untuk ana teruskan dengan kata-kata. 





Sejak Ramadan yang lepas kalau mengikut kiraan bulan Islam, anak Tipah di lahirkan, kini dah Muharam 1440H bermakna budak bulus dua beradik ni dah berusia 4 bulan lebih. Kian hari kian membesar dan menggemok. Kami berikan susu dari awal menggunakan penyuntik kini dah boleh minum sendiri dengan lajunya. Makanannya pula kami gilirkan antara makanan basah dan kering, kerana tak mampu nak belikan makanan basah semata, harganya agak mahal.

Namun, Alhamdulillah. Baki duit belanja pasar harian pasti ada sahaja lebihan untuk membeli makanan mereka berdua. Adik Ika namakannya Whojea dan Chonlo. Tapi Kak Long panggil dua-dua ni Icipan sahaja. Ikut lah nak panggil apa pun, tiap kali di laung berlari sampai tak sempat brek depa akan datang kepada kami.

Malam-malam ana letakkan di luar rumah tetapi ada tempat tidur mereka siap dengan kain langsir bagaikan kelambu kerana tak mahu di gigit nyamuk. Bukan apa, dahulu masa kecil muat lagi tidur dalam sangkar, sekarang ni dah tak besar. Lagipun tempat poo poo mereka pun ada di luar tak lah berbau di dalam ruang rumah. 

Setakad ini sahaja lah kemampuan kami untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada dua makhluk Allah swt yang juga punyai hak untuk hidup di atas bumiNya ini. Bila terkenangkan nasib kucing yang mati terseksa di kedai dobi angkara manusia yang tidak berperikemanusian itu, luruh rasa jiwa. Apalah dosa tubuh kecil yang tak mampu melawan sekali pun itu untuk di siksa begitu kejam. Ikut kan hati mahu sahaja ana doakan biarlah hayat manusia iblis ini terseksa seperti mana matinya sang bulus. Kejam, amat kejam. 

Tetapi itulah hakikat manusia yang angkuh dan sombong di atas muka bumi Allah swt. Mereka lupa akan hak kehidupan makhluk lain. Mereka hilang sifat kemanusiaan dan sombong. Jiwa mereka sakit sebenarnya. Ter emosi sungguh bila ana mengenangkan kekejaman manusia terhadap haiwan. Semoga Allah swt terus memelihara kita semua dan anak-anak agar di didik dengan sifat menyayangi sesama makhluk yang mana kita semua adalah menumpang di bumi Tuhan yang sementara cuma. Allahu Akbar. 
Anak-anak Tipah kian membesar Anak-anak Tipah kian membesar Reviewed by Ana Jingga on September 25, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Comelnya....Allahu..ingat kucing kat kampung...lahir seminggu maknya menghilang entah ke mana...babah dengan mama asuh macam anak sendiri..belikan botol susu....susu..wetfood..bila dah besar hari-hari jilat muka bba dgn mma..mgkin dia ingat itu mak ayah dia kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah dengan hat dua beradik ni PC, suka nau jilat tangan agaknya nak mandi kan kak ana hehe :)

      Delete
  2. Mudah2an kedua2nya pembawa rezeki yang berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah semoga ia juga salah satu cabang pahala yang berpanjangan buat kami sekeluarga WP, Aamiin

      Delete

Powered by Blogger.