Farm in the City ? Kebun dalam bandar... tapi bukan sebarang kebun tau, Farm in the City ni sebenarnya sebuah petting zoo yang mana korang boleh bermain, bermesra dan memberi makan haiwan-haiwan jinak dan yang tak berapa nak jinak secara dekat. Kalau selalu nya kita pergi zoo, haiwan berada di dalam kandang, tapi istimewa nya di sini, kita yang masuk kandang mereka dan boleh sentuh dan bergambar pegang-pegang haiwan-haiwan comel dan ada yang tak pernah ana lihat depan mata pun sebelum ini. Mau tak best kan ? 



Dah banyak kali ana lihat di media sosial pengunjung yang datang berkongsi kegembiraan mereka di Farm in the City ni, Alhamdulillah sempena cuti Maal Hijrah yang lepas, ana sekeluarga pula berkesempatan sampai ke sini. Awal pagi kami gerak dari rumah, sarapan siap-siap dan dalam se jam juga sampai ke Seri Kembangan. Lokasi Farm in the City ni berhampiran Giant Seri Kembangan tu, alah guna waze je korang taip je Farm in the City dia direct la kita ke sini. 

Farm in the City , Seri Kembangan



Berapa harga tiket masuk ke Farm in the City ni ? Ana pasti inilah soalan pertama korang nak tahu kan? Harga tiket untuk dewasa dengan MyKad hanya RM 37 & Kanak-kanak dan warga emas pula RM 30 . Kalau tanpa Mykad RM 58 dewasa dan RM 48 kanak-kanak dan warga emas. Dan ketika kami di sini ana terlihat ada pakej family bernilai RM 125 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak ).




Dah beli tiket jangan lupa beli lah sebekas makanan untuk korang beri pada haiwan di dalam ni nanti, baru lah seronok kan.. jangan tak tahu depa ni kuat makan.. tapi korang jangan risau kalau tak cukup sebab di sepanjang pengembaraan kita di dalam Farm in the City ni ada je mesin-mesin menjual makanan haiwan mengikut jenisnya. Staff kat sini pun ada sedia membantu pada bila-bila masa. 






Okay, are you ready kid!! Eh itu Spongebob hehe.. sini tak ada Spongebob tapi seronoknya macam tengok kartun feveret ana tu tau. Jom kita explore keriangan di Farm in the City !!

Kura-kura gergasi di Farm in the City


Kura-kura gergasi ?? Ye betul besar sungguh saiz kura-kura yang ada di sini. Persinggahan pertama kita adalah di Tortoise &Turtle Farm. Kat sinilah korang akan bersua muka dengan beberapa ekor kura-kura exotic dan rare yang jinak dan kuat makan. Giant tortoise ni ada yang dah berusia 36 tahun dan merupakan yang kedua dan ketiga spesis terbesar di dunia. 









Amacam besar kan, cuba compare kan dengan saiz suami ana tu, hehe sebenarnya kan.. ana pun tak berani nak dekat dan bagi Giant Tortoise ni makan, cuak ya amat.. tapi depa ni jinak, tak merbahaya pun, ada je staff yang akan brief kita macam mana nak handle haiwan gergasi ni. Bak kata salah seorang staff tu dia bukan boleh kejar akak pun jalannya slow je hehe. Dah hakak je yang penakut nak buat camno kan. 

Bukan setakad si gergasi ni jer yang ada, korang juga boleh melihat pelbagai lagi spesis penyu dan kura-kura lain. Lanskap pun bagaikan sebuah kampung tradisional, menarik sangat.

Next stesen ni paling tak best untuk ana sebabnya Reptile Cavern. Ana paling tak suka haiwan reptilia ni . Tapi tak la di lepaskan bebas, depa di letakkan di dalam ruang pameran berkaca dan atas bumbung kaca tu Ya Allah, ada selengkar ular sawa kuning besar ya amat. Laju je kami lalui ruang ni tak ambil gambar pun... 






Haa kat sini paling best, Bird Aviary. Kita masuk ke sangkar burung yang besar dan bebas di sekeliling kita. Subhanallah... terpegun melihat sang merak yang pada awalnya sedang kusyuk makan tiba-tiba mengembangkan bulunya yang amat cantik. Rezeki kami untuk melihat nya begitu dekat di depan mata. Adik Ika sempat bergambar di sebelahnya dan di kelilingi burung-burung kecil yang terbang berkeliaran di atas kepala. Menarik sangatt. 







Cuba lihat betapa jinaknya juga sang merpati ni sehingga kan kita boleh ambil gambar dari jarak yang begitu dekat. Begitu juga dengan burung-burung lain yang ada di dalam Bird Aviary ni begitu rapat dengan manusia yang datang. 








Pengembaraan seterusnya ke Savannah , kat sini korang boleh jumpa haiwan-haiwan Savannah seperti kambing ( kat kampung pun ada hehe ), rusa, biri-biri dan yang tak pernah ana lihat dan jumpa seusia ni ialah Alpaca dan Dusky Wallaby si kangaroo kecil di dunia. 








Haa.. korang tengok tu berebut nak makan . Jinak kan selamba depa je datang minta di suap. Tak kenyang-kenyang agaknya. 

Pet Village pula ruang kegemaran kanak-kanak pastinya sebab kat sini ada arnab, argus, guinea pigs yang comel-comel. Sampai sini terus teringat kartun Wonder Pet :) 




Jalan ke depan sikit kita akan sampai le Jungle Walk . Masuk hutan kita pula kali ni. Ada pelbagai lagi haiwan yang bebas tapi yang pasti tak ada harimau, singa dan gajah kau. Tak muat sangkar hehe . Best masuk sini nak bergambar pun lanskap dia cantik sangat. 




Paling cantik pada ana berada di tepian tasik di mana ada banyak ikan koi berwarna-warni dan juga ikan talapia. Persekitaran pun sangat teduh dan menyamankan jadi korang tak payah risau walaupun cuaca panas sebab di sini dipenuhi pokok-pokok merendang. 










Seterusnya di Twilight Creatures pula korang bolehlah upclose and personal dengan sang burung hantu yang comel. Dan di penghujung perjalanan kita ada ruang pameran untuk haiwan lain seperti skunk, racoon, helang putih yang duk diam jerr dan kalau korang nak pegang dan bergambar dengan ular dan iguana. Memang tak lahhh..

Tengahari tu juga ada persembahan comel burung kakak tua yang bijak.  Untuk kanak-kanak juga boleh menaiki Pony Ride di kandang kuda. Ermm.. pendek kata memang seronok seharian berada disini. Semua dalam satu.amg banyak terdapat haiwan dan persekitaran yang kita boleh explore dalam sehari. Ia nya pasti satu pengalaman yang amat bermakna untuk kita sekeluarga.




Di Farm in the City ni juga di sediakan cafe dan juga surau serta tandas. Tak perlu risau kay, kalau tengah syok jenjalan berasa lapar atau masuknya waktu solat.




Dan sebelum korang singgah ke Gift Shop , jangan lupa singgah dahulu bertemu si Ostrich yang nakal di sebelah kandang lembu di luar. Haa memang viral si Ostrich ni yang suka buat aksi-aksi lucu dan mengusik pengunjung yang nak bergambar dengannya. Adik Ika pun kena sakat dengannya bila dia nak tarik handphone masa Adik Ika nak selfie.




Dan sebelum keluar tu jangan lupa shopping di gerai cenderahati yang menjual pelbagai produk untuk kenang-kenangan kita berkunjung ke sini. Ana sempat belu fridge magnet Farm in the City untuk tambah koleksi di rumah. Murah jer RM5.50 masa tu. Ada button, keychain dan macam-macam lah.








Alhamdulillah, seharian di Farm in the City akan menjadi satu pengalaman manis kami sekeluarga. Dekat dengan alam, dekat dengan haiwan ciptaanNya membuat kan kita sedar betapa kerdilnya kita sama-sama menumpang di bumi Allah swt. Setiap satu ciptaanNya tiada yang sia-sia. Ana sangat mencadangkan kepada korang untuk datang ke sini dan alami sendiri pengalaman yang luar biasa dan didik anak-anak dari kecil lagi untuk menyayangi sesama makhluk Allah.

Farm in the City di buka  dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang kecuali hari Selasa di tutup kecuali cuti umum. Malam haiwan nak tidur kay :) Untuk keterangan lebih lanjut dan promosi-promosi yang bakal berlangsung korang boleh sahaja layari :


Laman web : www.fitc.com.my



Hubungi : 03-8941 2099/3099

Beralamat di : 

Lot 40137-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor

12 Comments

  1. Sesskali bwrehat bawak anak2 beejalan mengenali haiwan dan habitatnya best kan kak ana..nak2 anak2 yg masih di sekolah rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA, dekat dengan haiwan dan alam semulajadi, melatih anak-anak berjiwa penyayang, in shaa allah

      Delete
  2. Rindu nak pegi seri kembangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la ejulz, datang dan throwback kat sini pula hehe :)

      Delete
  3. penah skali pegi best best menarik.. tapi time tu ramai sangat orang ya rabbi kesian anak2 buah nak nyelit kena rebut2. tapi iyela time cuti hehe tempat tu bukan bukak utk kita ja. tapi kan Kak AJ.. yang dewasa pun sama excited tengok natang2 ni semua ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau musim cuti sekolah memang ramai kan. Yaa excited tapi kak AJ penakut nak dekat sangat pun hehe :)

      Delete
  4. Replies
    1. kira murah kan HU, yang best boleh dekat dengan haiwan-haiwan jinak ni :)

      Delete
  5. anak2 zie klu pegi sini suka sgt dgn animal.. klu dgn kambeng tu bukan kambeng yg kejar dia.. dia pi kejar kambeng tu hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha comel kan Zie, satu pengalaman yang bagus sebenarnya buat anak-anak bila dapat dekat dengan alam dan haiwan jinak. Alhamdulillah

      Delete
  6. masa jue pi tak perasan merak tu. bebudak ni takut hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takut masa dia kembangkan bulu nya yang cantik tu ye Jue :)

      Delete