Cara buat petai jeruk

Bila musim petai banyak ni sana sini ada je orang jual petai. Harga pun murah lah dari biasa. Cuba time bukan musim dia, kan main mahal depa jual. Ana pernah beli di jalan turun dari Cameron Highlands ke Tapah, suami berhenti di satu selekoh tu ada orang asli jual. Depa pun pandai dah letak harga seiikat RM10 tapi banyak lah tangkainya. Kadang-kadang kat kedai Acheh pun sepapan RM2 dah kan. 

Dahulu kalau balik rumah arwah mertua ana di Kuala Lipis memang kalau musim petai banyak. Arwah mak mertua yang ajarkan ana cara buat jeruk petai ni. Senang sangat. Dan dua hari lepas, jiran ana Zura bagi beberapa tangkai petai yang di belinya dari Pantai Timur. Ana teringat kat Adik Ika, suka sangat makan petai jeruk. Terus ana proseskan petai ni jadikan petai jeruk simpan dia balik nanti boleh makan.






Cara buat petai jeruk 


1.Mula-mula kita potongkan petai pendek-pendek dari papannya. Senang nak masuk dalam periuk. 

2. Rebus dengan kulit-kulitnya sehingga menggelegak.





3. Sejukkan seketika , kalau nak  cepat sejuk, bilas jer dengan air paip.

4. Picitkan isi petai keluar dan bersihkan jika ada selaput pada nya. Selalunya petai terlebih masak ada selaput kuning tu. 

5. Isikan di dalam bekas bertutup dan masukkan air masak suam sehingga tenggelam.

6. Masukkan jumlah kuantiti garam yang agak banyak ke dalamnya. Ana letak dalam 3 sudu gitu.

7. Simpan di ruang bawah peti sejuk. Esoknya boleh lah tukar airnya sekali lagi dan masukkan semula garam. 




8. Lepas tu dah boleh simpan terus berapa lama pun ikut lah selagi tak meragam rasanya. Siap dah jeruk petai yang sedap di makan buat penambah selera kan. 


Cara buat petai jeruk Cara buat petai jeruk Reviewed by Ana Jingga on September 08, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. dulu mak suka buat petai jeruk ni tapi sekarang dah stop dah sebab takde geng nak makan :P

    ReplyDelete
  2. oohnoo Kak Ana this one i kenot goo hahaha..

    ReplyDelete
  3. penambah selera makan nihh,,,,Sha pun suka makan,,klau musim banjir mak saudara suka buat banyak bagi2 kat sedara buat stand by musim sejuk

    ReplyDelete

Powered by Blogger.