Balik kampung ada sahaja yang nak di bawa balik. Buka laci kabinet rumah , mak bagitau ibu saudara ana , we Midah bagi mak dua set cawan. Excited nak tengok, rupanya cawan lama. Memang rare dah cawan kopi ni. Zaman kami kecil-kecil dahulu sahaja yang popular sekitar 1980-90an. Tua sangat dah rasanya kan hehe :) 



Cawan kopi lama


Macam selalu lah, anak mak ni, mesti minta mak nak ambil bawa balik kalau ada je pinggan mangkuk lama-lama ni. Ana suka gunakan sebagai props dalam gambar-gambar untuk media social. Nampak rare sikit kan, maklum lah nak guna pinggan mangkuk jenama tersohor tak ada koleksinya dan tak mampu nak beli, kita buat kelainan dengan menggunakan pinggan mangkuk lama sahaja lah. 

Lagipun ana memang teringin sangat nak beli almari kaca untuk letakkan pinggan mangkuk lama ni sebagai koleksi. Belum ada rezeki lagi, setiap kali dah cukup bajet ada sahaja yang perlu di dahulukan yang lebih di utamakan dari membeli almari. In Shaa Allah, one day ana beli nanti.

Berbalik pada cawan lama ni, seingat ana memang ada dua warna sahaja seperti di atas pada masa dahulu. Warna hijau dan juga warna peach tu. Tak tahu lah kalau ada yang pernah miliki warna lain kan. Cawan ni jenis tembikar dan tangkai nya tu mudah patah. Seingat ana juga ia datang hanya set enam biji cawan dan piring sebab ana sendiri tak pernah jumpa teko nya. Kalau dahulu, mak dan mak-mak saudara siap berhutang kalau nak beli pinggan mangkuk. Bayar ansuran gitueww.

Awal tahun 2000 juga ketika ana masih bekerja , suka juga hutang set pinggan mangkuk dengan kawan sepejabat masa tu. Kami buat ansuran dua tiga kali bayar order dari katelog. Kalau set tu berharga RM300 tak lah bayar sekali gus, biasanya ansur tiga kali, RM100 sebulan. Hehe. Kenangan tu, masih ada lagi set set pinggan mangkuk di rumah. Ada juga yang main kutu beli pinggan mangkuk ni. Masa tu tak ada belian online guna kad debit atau kredit macam sekarang ni. 

Ana cuma ambil sepasang cawan kopi warna hijau dan warna peach ni bawa balik. Mak suruh ambil semua, tak nak lah kan. Mak pun nak guna juga untuk harian kat rumah.Cawan lama dan pinggan mangkuk lama sebegini dah jadi satu keunikan pada masa sekarang. In Shaa Allah, ana akan jaga baik-baik untuk kenang-kenangan. 

17 Comments

  1. SA ingat kak..arwah nenek pun ada satu set cawan ni kaler yang hijau tu..SA kalau boleh nak cari cawan atau apa saje pinggan mangkuk lama corak bunga kangkung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cawan lama ni SA, rumah kak ana ada juga pinggan bunga kangkung tu :)

      Delete
  2. Cantik set tu..ada kelainan..:)

    ReplyDelete
  3. Yang ni PC tak pernah nampak...tapi yang berbunga ada pernah nampak Kak Ana..

    ReplyDelete
  4. memang rare sangat cawan macam ni kak ana.. Dilah tak pernah pulak nampak design yg ni.. tapi kalau jenis yg kaler clear tu penah nampak kat rumah atok dulu3..

    ReplyDelete
  5. Kopinya nampak.lagi sedap kena dengam cawan ni memang nyum2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum nyum peminat kopi o jugak ye fatin hehe :)

      Delete
  6. Alamak indahnya gambar secawan kopi..nak satu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hilang ngantuk ye Etuza pekena secawan kopi O :)

      Delete
  7. zaman dulu, is very the unique kan.
    mak aida pun ada a few. syg sgt :) memori daun pisang.

    ReplyDelete
  8. rumah nenek je lah ada..kalau nak cari barang rare ni dah payah sikit nak jumpa kan....

    ReplyDelete