Balik kampung ada sahaja yang nak di bawa balik. Buka laci kabinet rumah , mak bagitau ibu saudara ana , we Midah bagi mak dua set cawan. Excited nak tengok, rupanya cawan lama. Memang rare dah cawan kopi ni. Zaman kami kecil-kecil dahulu sahaja yang popular sekitar 1980-90an. Tua sangat dah rasanya kan hehe :) 



Cawan kopi lama


Macam selalu lah, anak mak ni, mesti minta mak nak ambil bawa balik kalau ada je pinggan mangkuk lama-lama ni. Ana suka gunakan sebagai props dalam gambar-gambar untuk media social. Nampak rare sikit kan, maklum lah nak guna pinggan mangkuk jenama tersohor tak ada koleksinya dan tak mampu nak beli, kita buat kelainan dengan menggunakan pinggan mangkuk lama sahaja lah. 

Lagipun ana memang teringin sangat nak beli almari kaca untuk letakkan pinggan mangkuk lama ni sebagai koleksi. Belum ada rezeki lagi, setiap kali dah cukup bajet ada sahaja yang perlu di dahulukan yang lebih di utamakan dari membeli almari. In Shaa Allah, one day ana beli nanti.

Berbalik pada cawan lama ni, seingat ana memang ada dua warna sahaja seperti di atas pada masa dahulu. Warna hijau dan juga warna peach tu. Tak tahu lah kalau ada yang pernah miliki warna lain kan. Cawan ni jenis tembikar dan tangkai nya tu mudah patah. Seingat ana juga ia datang hanya set enam biji cawan dan piring sebab ana sendiri tak pernah jumpa teko nya. Kalau dahulu, mak dan mak-mak saudara siap berhutang kalau nak beli pinggan mangkuk. Bayar ansuran gitueww.

Awal tahun 2000 juga ketika ana masih bekerja , suka juga hutang set pinggan mangkuk dengan kawan sepejabat masa tu. Kami buat ansuran dua tiga kali bayar order dari katelog. Kalau set tu berharga RM300 tak lah bayar sekali gus, biasanya ansur tiga kali, RM100 sebulan. Hehe. Kenangan tu, masih ada lagi set set pinggan mangkuk di rumah. Ada juga yang main kutu beli pinggan mangkuk ni. Masa tu tak ada belian online guna kad debit atau kredit macam sekarang ni. 

Ana cuma ambil sepasang cawan kopi warna hijau dan warna peach ni bawa balik. Mak suruh ambil semua, tak nak lah kan. Mak pun nak guna juga untuk harian kat rumah.Cawan lama dan pinggan mangkuk lama sebegini dah jadi satu keunikan pada masa sekarang. In Shaa Allah, ana akan jaga baik-baik untuk kenang-kenangan.