Sekali nampak macam capsicum kan, tapi bukan yer. Cili ni bersaiz kecil sahaja. Lebih kurang saiz tomato ceri. Kecil-kecil dan berbentuk bulat. Cili ini pemberian jiran ana, Man. Man membelinya dari kawan beliau dah siap berbuah sepasu. Nampak cantik dan comel. tapi rasanya ya ampunn.. pedas ya amat.

Belum makan lagi, ketika ana hiris dah terpancar bau pedasnya. Dan bila ana keluarkan bijinya, Masyaa Allah pijar tangan terus. Bau pun dah tahu pedas. Bila ana hiris separuh sahaja dan masukkan dalam tumisan sayur goreng. Tu diaa!! Pedas kata ko!!! Lebihnya ana hiris dan campurkan dengan bawang untuk di jadikan air asam kicap cicah ikan bakar. Melahang podehnya air asam kami. Suami pun surrender hehe :) Serius memang pedas. Lebih pedas dari cili api kampung.

Ada dua tiga biji lagi ana dah keringkan , cadang nak semai. Cantik pula bila lihat ia merah bergantung kecil-kecil macam tanglung kan. Kalau ada rezeki nanti menjadi lah dia, panjang umur ana kongsikan kemudian, In Shaa Allah.




Cili Goronong atau Cili Habanero 


Macam selalu, ana carikan sedikit info berdasar gambar yang ana jumpa di Google Image yang seakan dengan cili merah di atas dan dari perkongsian di http://animhosnan.blogspot.com/2017/09/cili-goronong-kenali-dia.html ,di nyatakan oleh penulis cili ini bernama Goronong dalam bahasa Sarawak dan di dalam bahasa Inggeris pula Habanero . Dan dari terbitan https://nurezqienterprise.wordpress.com/2013/10/26/cili-habanero-kini-di-malaysia/ , pula menulis " Ini adalah antara cili yang terpedas di dunia. Skala kepedasan 100,000–350,000 Scoville Heat Unit (SHU). Berasal dari bahagian Tengah Benua Amerika – dari bahagian Amazon hingga ke Negara Mexico. Pada tahun 2000, cili habanero telah disenarai didalam Guinness Book of World Records antara cili yang terpedas di dunia.".

Tu diaa patutlah pedas ya Rabbi. Nak makan memang serik lah kalau masuk dalam masakan pun kena letakkan sedikit sahaja dah mencukupi kan. Bagi penggemar makanan dan masakan pedas, korang boleh cabar diri sendiri, berani ke idak ? Apapun ia satu pengalaman yang berharga dalam perjalanan hidup ni, bila ana di rezekikan merasa sendiri antara cili yang terpedas di dunia. Alhamdullah dan terima kasih Man.

10 Comments

  1. First time kak ana kinah tengok cili ni. Sama la first impression macam capsicum, rupanya bukan hihi. Kalau pedasnya sampai macam tu memang idak la kinah nak beli hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil je saiznya Kinah, tapi pedas Ya Rabbi :)

      Delete
  2. Pedak tu? pertama kali nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pedas sangat etuza, surrender kak ana tau hehe :)

      Delete
  3. Kaknoor selalu beli cili ni kalau ke UK time anak2 graduation Ana memang pedas giler ni, diSarawak banyakkk cili gronong diaorang panggil, Kaknoor pernah tanam dan berbuah best tak payah beli cili suatu ketika dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Kak Noor, dari pembacaan ana di blog-blog dinyatakan namanya di Sarawak cili gronong. Ana pun cuba semai tapi nampaknya tak menjadi hehe :)

      Delete
  4. Pertama kali tengok ni kak...kilat merahnya..huiii..kalau buasir kena hindari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang kalau tak tahan dan ada penyakit tak boleh pedas macam tu baik elakkan PC hehe :)

      Delete
  5. Pedas sangat ke kak Ana? Nani rasanya tak pernah lagi guna cili ni.

    ReplyDelete