Keenakkan Bubur Asyura Kelantan
Bila tiba sahaja bulan Muharam dalam kalender Hijrah, antara yang di nantikan ialah keenakan bubur asyura. Ramai yang mengambil keberkatan bulan Muharam dan peristiwa Hijrah baginda Rasulallah saw dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Memasak bubur asyura secara bergotong royong adalah satu kemanisan ukhuwah di kalangan sesebuah komuniti Islam.
Ada di kalangan jemaah surau di satu-satu kawasan melakukannya secara bergotong royong dan saling merewang dari awal lagi untuk menyiapkan juadah istimewa setahun sekali ni. Kalau ikut resepi orang utara, biasanya pelbagai ubi dan kekacang sahaja yang menjadi bahan utama nya. Setiap satu di rendam semalaman kemudian di rebus hingga empuk sebelum di campurkan ke dalam santan pekat dan juga diperasakan dengan gula.
Rasanya ini tahun ke tiga ana dapat merasa bubur Asyura versi Pantai Timur bila jiran kami Man dan Ida setiap tahun bersama Kelab Nissan Grand Livina Kelantan yang di sertainya mengadakan acara memasak bubur Asyura pada setiap tahun di bulan Muharam. Cumanya mereka memasak bubur Asyura versi Kelantan atau Pantai Timur.
Dari segi bahan tak banyak berbeza sangat dengan versi Utara yang biasa ana makan, cuma versi Pantai Timur mereka meletakkan daging dan berempah. Pada awal-awal dahulu, ana tak boleh terima sangat rasa bubur Asyura Kelantan ni, bila keluarga sebelah mertua beri ana mencubanya. Ialah agak janggal pada awalnya bila ada rasa rempah yang agak kuat di dalam bubur yang manis.
Namun buat pertama kalinya ana suka pula makan bubur Asyura Kelantan yang di sediakan oleh Man dan ahli-ahli kelabnya. Sedap dan kurang rasa rempah sangat. Alhamdulillah. Menurut Man dan Ida, hampir lapan jam juga mereka mengambil masa untuk menyiapkannya. lebih kurang masak dodol pula kan.
Kalau di lihat dari foto di atas, bubur Asyura Kelantan ini, memang pekat dan apabila ana sejukkan di dalam peti sejuk. keesokkan harinya dah boleh di potong. Dah macam rupa kuih kole kacang hijau je kan sedangkan kalau bubur Asyura kami selalu buat di utara, di Teluk Intan, Perak kampung halaman ana khasnya, ianya memang cair di di makan bersudu. Sebab tu namanya bubur hehe.
Apapun, kita raikan perbezaan citarasa dan resepi setiap negeri yang berlainan. Tak salah untuk mencuba dan jika kena dengan selera kita, pasti sedap. Keseronokan dan kemanisan ukhuwah ketika sama-sama merewang dan mengacau kemudiannya di agihkan dengan niat bersedekah adalah merupakan amalan yang baik untuk di teruskan, In Shaa Allah.
4 Comments
Baru aje makan bubur asyura Kelantan yang boleh dipotong2 tu.
ReplyDeleteKomuniti kelantan kat sini buat bubur asyura.
sesekali bertukar selera dengan komuniti yang berbeza kan WP :)
Deletemeh pos sikit dekat sini huhu
ReplyDeletehabis dah ejoy hehe :)
Delete