Mungkinkah Slipped Disc Ini Kembali Semula

Dua bulan kebelakangan ni sakit di bahagian belakang kembali semula. Bila subuh nak bangun dari katil punya lah susah nak gerakkan tubuh badan. Cuaca hujan berpanjangan ni bagaikan menambahkan lagi rasa nyilu pada bahagian belakang ana. Jika pengunjung setia blog pasti tahu ana pernah mengalami slipped disc pada tahun 2016 yang lalu. Pemeriksaan awal melalui kaedah MRI ( perkongsiannya di SINI  ) yang ana lakukan mengesahkan nya. Ketika itu tanda-tanda yang sama seperti apa yang ana alami sekarang ni bagaikan berulang semula. 


No automatic alt text available.


Tak mampu nak duduk lama, berdiri lama atau pun dalam satu-satu kedudukan yang sama untuk jangka waktu yang lama. Paling sedih selepas solat setiap hari untuk kekal lama di atas sejadah pun terasa sakitnya semula. Untuk sambung zikrullah dan berdoa, ana akan beralih mencari tempat bersandar baharulah boleh meneruskannya. Allahu.. kecil sahaja ujian ini jika di bandingkan dengan lain-lain hambanya yang di uji jauh lebih hebat. 


Apakah dia sakit Slipped Disc 


Baru-baru ini sahabat Facebook ana, Dr Khairul berkongsi infor tentang simptom sakit Slipped Disc di facebooknya. Bagi yang ingin mendapatkan banyak perkongsian perubatan dan penyakit, boleh lah following beliau di FB :@khairulfaizie.mohammadkamar . Alhamdulillah banyak ilmu perubatan di sampaikan dengan cara yang penuh ilmiah dan berhemah dengan niat berkongsi ilmu bermanfaat. Terima kasih Doc. Ana copy paste semula di sini kerana fakta perubatan ini perlu tepat dari mereka yang arif dalam bidangnya. Takut tersalah info memberi kesan negatif kepada pembaca. (pautan asalnya boleh baca di : SINI ) 

Menurut Dr Khairul Faizie : Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back). Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord ). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.



No automatic alt text available.


Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu. Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.. 


Image may contain: text


PUNCA SLIPPED DISC :


Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat....dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:

- Trauma / jatuh / accident

- Obesiti -- berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc

- Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok

- Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) - Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan( yg akan support tulang belakang)

- Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN SLIPPED DISC :


Tak semua Slipped disc perlu pembedahan, Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit. Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.

Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail...Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.


Terima kasih Doktor Khairul Faizie di atas penerangan yang amat jelas tentang Slipped Disc. Dari pengalaman ana sendiri ana telah pun menjalani rawatan Physiotherapy sebanyak 12 kali di Pusat Perubatan KPJ Sentosa , Kuala Lumpur. Allahu bayangkan 12 kali untuk satu jam rawatan perlu berulang alik dan selepas sessi rawatan memang terasa ringan dan kurang kesakitannya. Terima kasih buat suami yang sentiasa di sisi sepanjang sessi rawatan. Pengalaman ketika Physiotherapy pernah juga ana kongsikannya di SINI pada tahun 2016 yang lalu. 

Pada temujanji terakhir bersama Dr Jamal di KPJ Sentosa Medical Centre , Kuala Lumpur waktu itu, Dr Jamal mencadangkan ana jalani pembedahan tulang belakang. Allahu.. memang kecut perut masa tu dan ana minta penangguhan terlebih dahulu. Walaupun kos perubatan semuanya di bawah majikan suami, ana banyak mendengar second opinion dari mereka yang pernah mengalaminya dan banyak feedback yang menghalang ana untuk meneruskan pembedahan, ada rsiko yang bakal ana hadapi dan Dr Jamal juga menerangkan ia tidak akan sembuh 100%. Terima kasih juga buat Dr Jamal yang kini telah pun bertukar berkhidmat di hospital lain. 

Selepas beberapa ketika, adik sepupu ana mencadangkan untuk ana mencuba rawatan alternatif bersama Pak Din di Felda Besout, Sungkai. Abang ipar dan nenek nya telah pun mencuba dan Alhamdulillah ada kesan positif. Dua kali ana jalani rawatan alternatif di Felda Besout, Sungkai dan kisahnya ana terbitkan di SINI . Alhamdulillah selepas rawatan bersama Pak Din, ana menjalani kehidupan normal semula. Lega sangat segala kesakitan hilang dan Pak Din juga mengajar senaman yang masih ana buat hingga ke hari ini. 

Namun dua bulan kebelakangan ini selepas hampir dua tahun , ia bagaikan kembali semula. Mugkin ada silap yang ana lakukan. Kebelakangan ini ada juga mengalih pasu-pasu bunga dihalaman. Mungkin dah rasa sihat ni lupa akan kesakitan lalu, dan mungkinkah Slipped Disc ini terjadi semula ? In shaa Allah, ana akan ke klinik untuk membuat pemeriksaan semula atau pun bertemu Pak Din sekali lagi. Siap lah kena leter dengan Pak Din agaknya ye, sebab Pak Din suka bergurau. Apapun.. ana akan cuba berusaha untuk berubat selagi di izinkanNya bernafas di atas muka bumi. Kehidupan dan tanggung-jawab harus di teruskan. Wallahu a'lam... 


Kredit info dan foto dari FB Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar 

Mungkinkah Slipped Disc Ini Kembali Semula Mungkinkah Slipped Disc Ini Kembali Semula Reviewed by Ana Jingga on October 19, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Replies
    1. In shaa Allah Mrs A, terima kasih atas ingatan dan kasih sayang :)

      Delete
  2. tak boleh nak gerak aktif sangat lah buat masa sekarang takut sakit makin teruk. take care ye kak ana :)

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan..banyakkan rehat dan doa banyak2 ya..inshaAllah Allah dengar doa kita

    ReplyDelete

Powered by Blogger.