Sayur lemak pucuk manis bersama keledek

Ada orang panggil pucuk manis, ada orang panggil daun turi, dan kalau di kampung ana, Teluk Intan, kami panggil daun nenasin. Haa!! Ikut lah nak panggil apapun kan. Pucuk manis ni, pemberian jiran ana Letchumy. Dia menanam pokok pucuk manis ni di hadapan rumahnya. lebat pulak tu daunnya. Pagi tu, Letchumy hantar beberapa batang ke rumah. Esoknya baharu ana masakkan masak lemak pucuk manis bersama ubi keledek. Itu pun ikut resepi mak, kalau mak masak pucuk manis, mak selalunya letakkan ubi keledek. 

Selalunya mak letakkan ubi keledek oren, ana ke kedai Acheh tak ada pula ubi keledek oren, yang ada hat putih. Boleh lah kan, janji keledek, rasanya sama jer. Beli sepeket udang kering dan terhasillah, sayur lemak putih pucuk manis bersama ubi keledek untuk sajian kami berdua. 





Resepi sayur lemak pucuk manis dengan keledek 


Ana masak ni ikut cara mak saya. Bahan-bahan yang di gunakannya :

Pucuk manis 
Ubi keledek
Santan
Udang kering
Bawang merah
Cili merah
Garam secukup rasa

Cara masak sayur lemak putih pucuk manis bersama ubi keledek 

1. Pucuk manis ni mak pesan suruh celur seketika dan buangkan air hijaunya terlebih dahulu. Untuk hilangkan bau nya. 

2. Ubi keledek di potong kecil. 

3. Tumbuk lumat udang kering, bawang merah beberapa ulas dan cili merah. kalau nak pedas buh la cili api kan. 

4. Masukkan ke dalam periuk ubi keledek dan bahan tumbuk bersama santan cair dan didih hingga empuk keledeknya. Kacau lah selalu kan, kalau tak pecah minyak. 

5. Bila dah empuk ubi keledek baharulah, ana masukkan pucuk manis dan santan pekat. Rasakan dengan garam. 

Siap dah tu, mati kan api boleh lah di hidangkan. Kena pula dengan ikan masin sepat ke, Allahu. Inilah selera orang kampung macam ana ni. Makin berusia di pinjamkan Allah swt, makin berselera pada menu-menu ibunda sebegini. 

Ada orang tak berapa tahan makan pucuk manis ni, jiran ana, Kak Gee bagitau kalau makan dia semput. Berangin katanya. Ada orang pula kalau makan rasa pening. Sebab tu mak pesan suruh celur dan buangkan air hijau nya terlebih dahulu. Petua kata mak, Waallahu a'lam. Daya tahan tubuh badan kita ni berbeza kan. 
Sayur lemak pucuk manis bersama keledek Sayur lemak pucuk manis bersama keledek Reviewed by Ana Jingga on October 06, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. sedap3.
    Pucuk manis dengan pucuk turi berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh lain ye WP, sebab ada jiran Aj yang panggil pucuk manis ni pucuk turi, tak ingat jiran dari daerah mana.

      Delete

Powered by Blogger.