Dalam rezeki kita ada bahagian rezeki orang lain. Itulah konsep yang perlu kita fahami setiap kali memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk sekali pun. Terutamanya pendapatan, wajib di bersihkan melalui membayar zakat. Firman Allah SWT bermaksud: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 103)


No automatic alt text available.


Alhamdulillah, pada masa ini telah ramai menyedari tanggung-jawab menjalankan perintah Allah swt dengan membayar zakat malah bagi yang makan gaji seperti suami ana membayar dengan skim potongan gaji terus dari akaun pendapatan. Banyak yang telah di permudahkan oleh pihak yang menguruskan pungutan zakat Wilayah dan negeri. Pelbagai kempen juga telah di jalan kan untuk menggalakkan atau lebih manis di sebut memperingatkan kita tentang kewajiban membayar zakat. 





KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) baru-baru ini telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan). Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.





Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.In shaa Allah.

Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.


Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.


SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN Jom Berzakat @ zakat.com.my

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

Keterangan lanjut juga boleh diperolehi dengan singgah ke Facebook PPZ 
atau menghubungi 1-300-88-5757

No automatic alt text available.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

Usah menjadi manusia yang penuh alasan. Apa jua yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah SWT. Ini termasuklah harta benda yang dipinjamkan kepada setiap hamba-Nya. Hakikatnya, manusia telah diberikan rezeki sebagai rahmat dan amanah yang harus dipergunakan sebagaimana yang diperintahkan-Nya.


”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”


12 Comments

  1. Replies
    1. jomm tunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah swt :)

      Delete
  2. Alhamdulillah dah menunaikan Zakat setiap bulan melalui potongan gaji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Bonde, sama macam suami kak ana guna kaedah pemotongan gaji setiap bulan

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, banyak yang dipermudahkanNya sekarang untuk kita menunaikan tanggung jawab sebagai seorang hamba yang beriman kan Linda :)

      Delete
  4. Sesiapa belum berzakat baik rebut peluang ini. Mana tau dapat hadiah tajaan tu oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lin, kalau menang rezeki lah kan selepas menunaikan tanggung jawab berzakat :)

      Delete
  5. Jom bayar zakat. Sambil berzakat jom join kempen ni. Mana tau rezeki kita kan kak Ana. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, In shaa Allah Nora, kalau dah rezeki tak ke mana kan :)

      Delete
  6. Replies
    1. ya Etuza wajib di bayar bagi yang telah cukup syaratnya :)

      Delete