Agar-agar Dasar Laut

Beberapa hari lepas anak buah ana Ujie posting kat FB nya gambar agar-agar dasar laut. Memang cun hasil tangan Ujie ni , cantik sangat jadi ana pun teringin nak buat sendiri. Duk chat dengan Ujie di whatsapp tanya kan caranya. Senang sangat rupanya cara nak buat agar-agar dasar laut ni. Ana pun gigih lah ke pasaraya cari bahan. Hat lain ada je di jual di pasaraya tu, cuma pewarna biru aqua tu, tak ada pula. Nak ke bakery malas pula yang agak jauh juga dari rumah ni, ana cuba cari di kedai runcit acheh tu, Alhamdulillah ada pewarna biru aqua jenama Star Brand. Ermm... maka bermula proses menghasilkan agar-agar dasar laut biru bagaikan perairan Maldives gitueww :) Korang kalau nak tahu resepi dan caranya ni, ana kongsikan di bawah ni.. 



Resepi dan cara buat agar-agar dasar laut 


Ada juga yang panggil ni agar-agar akuarium, ikut lah kan janji ada ala-ala air laut berwarna biru, cebisan karang dan bagaikan anak-anak ikan sedang berenang tu , okay lah. Gunakan imaginasi masing-masing je sebenarnya hehe :) 




Bahan-bahan agar-agar akuarium :

Agar-agar tali dalam paket
Susu pekat manis
Gula
Se tin laici
Pewarna biru 
Air secukupnya. 
Biji selasih ( direndam kembang ) ana gunakan chia seed sahaja . 

Cara buat agar-agar dasar laut atau agar-agar akuarium : 


Proses ini memerlukan dua kali kaedah hasilannya. Mula-mula kita buat bahagian air laut birunya terlebih dahulu. 

1. Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian sama banyak. Gunting je dua . 

2. Didihkan sebahagian bersama dua cawan air. 

3. Masukkan jus dari air tin laici ke dalam periuk yang sama dan kacau sebati.

4. Masukkan gula mengikut kemanisan yang korang nak, ana buh dalam 4 sudu sahaja.

5. Bila masak masukkan ke dalam acuan atau dalam loyang pun boleh juga asalkan ia bersaiz yang agak tinggi untuk menampakkan dua lapisan yang lebih menarik nanti. 

6. Masukkan juga cebisan isi buah laici tadi bersama biji selasih atau pun chia seed sebagai motif karang laut dan ikan-ikan berenang.. :) 

7. Sejukkan seketika dan keraskan di dalam frezer agar cepat membeku untuk meletakkan lapisan kedua. 





Untuk lapisan putih kedua agar-agar dasar laut kita pula :

1. Didihkan sebahagian lagi agar-agar tadi dengan dua cawan air juga.

2. Masukkan susu pekat ikut kemanisan yang korang kehendaki. Ana buh dalam 3 sudu besar sampai nampak warna putih yang agak cantik.

3. Kalau dah cukup manis tak perlu tambahkan gula lagi.

4. Bila mendidih tutup kan api dan sejukkan seketika sahaja jangan sampai membeku.

5. Keluarkan agar-agar lapisan biru tadi yang telah keras, lorekkan bahagian atasnya dengan pisau atau garfu agar melekat lapisan kedua di atasnya.

6. Tuangkan pula lapisan putih di atas nya dan beku kan semula di dalam peti sejuk.

7. Bila dah cukup keras, boleh lah terbalikkan dari acuan dan tadaaa!!!





Dan selepas di potong baharulah nampak lebih real agar-agar dasar laut atau agar-agar akuarium kita dengan dua lapisan  air laut biru dan dasarnya putih, cewahhh!! Hat laici tu konon-kononnya batu karang dan yang hitam biji chia seed tu bagaikan anak-anak ikan berenang gituew!! Hehe.. cun lah kan ada kelainan dan unik kan. Selamat mencuba naa !! 







Agar-agar Dasar Laut Agar-agar Dasar Laut Reviewed by Ana Jingga on November 13, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Menarik color biru aqua patutlah nama dia gar-agar dasar laut.
    Hurmmm... camne agaknya rasa agar-agar dasar laut tu yang penting tak masin macam air laut tu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak buh air laut tak masin Mrs A hehe, perisa laici ni :)

      Delete
  2. PC ada terpandang juga ni kak...hehehe..menarik sungguh la..cantik pada mata..nikmat dimulut dan tekak...best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba ye PC sedap gak rasa masam manis laici nya

      Delete
  3. Nampak macam senang ni..SA kena cari acuan dulu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah SA kena ada acuan kalau loyang pun biar yang tinggi sikit baru nampak permukaan dan dasar lautnya hehe :)

      Delete
  4. Lawanya. Betul betul macam dasar laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha.. biruuu laut dengan ikan-ikan dan karang hehe :)

      Delete
  5. wah cantik...sampai rasa sayang nak makan...hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.