Mengambil sempena hari ini 12 Rabiul Awal 1440H bersamaan 20 November 2018, Hari Keputeraan Junjungan kita Rasulullah saw, ana ingin mengajak pembaca semua sama-sama kita ulangkaji mengenali kembali biodata Baginda Nabi Muhammad saw. Wajib untuk kita mengenali baginda dan menyintai baginda Rasulullah saw kerana kita menagih syafaat darinya di akhirat kelak. Cintai lah Nabi Muhammad kekasih Allah swt sedalam-dalamnya, hari demi hari dan perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, para sahabat dan keluarga baginda.


Image result for salawat ke atas nabi
kredit foto : Hambali Abdullah



Biodata Nabi Muhammad saw 


Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
 
Tarikh lahir
Subuh hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
 
Tempat lahir
 Makkah Al-Mukarramah.
 
Nama bapa
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
 
Nama ibu
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf


Related image




PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SAW


USIA 4 TAHUN

Dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mengambil jantung dan hatinya, kemudian malaikat membukanya untuk mengeluarkan darah kotor dan menyucikan hatinya dengan hikmah dan salju. Peristiwa ini disaksikan oleh anak-anak dari keluarga Sa’d yang berlari pulang sambil berkata kepada ibu-bapanya: “Saudara kami yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan.”
.
USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.
.
USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal dunia. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 40 TAHUN

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
.
USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


Image result for nabi muhammad


USIA 63 TAHUN

Kali ke dua malaikat membelah dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum dibawa Mi’raj ke Sidratul Muntaha.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram, Makkah lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha di langit k etujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tarikh 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Rasulullah hanya mempunyai anak dari Siti Khadijah:
a. Putra
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
-Ketiga-tiganya meninggal waktu usia masih kecil.
.
b. Putri
Zainab menikah dengan Abil Aash ibnu Rabi ‘bin Abdus Syam
Ruqayah menikah dengan Utbah bin Abi Lahab
Ummu Kaltsum menikah dengan Utaibah bin Abi Lahab
Fatimah Az-Zahra menikah dengan sayidina Ali bin Abi Talib ra



Kredit rujukan sumber : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/02/11/biodata-rasulullah-saw/

0 Comments