Pernah tak terjadi makanan atau minuman kita tiba-tiba d luar kawalan di masuki seekor lalat. Terjunan maut sungguh la si lalat kan pi masuk dalam makanan atau minuman ni. Bagaimana ye dari segi hukum nya, adakah masih boleh di makan atau pun perlu di buang kan terus. Ini kerana kita tahu dan faham dari mata kasar bahawa lalat itu serangga pembawa penyakit yang sering kali hinggap di tempat-tempat yang tidak bersih. Tiba-tiba ia landing pula pada juadah yang ingin kita makan... Jom ana dapat keterangan ilmiah ini kali ini dengan rujukan dari dua sumber yang tidak di ragui dalam menyampaikan hukum iaitu Himpunan Suara Islamik dan juga FB Mufti Wilayah . 


Image result for hukum makanan di masuki lalat



Hukum Makanan / Minuman Yang di Masuki Lalat 


Pastinya ana merujuk kepada perkongsian dari Instagram dan Facebook serta salinan terus dari laman web http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1396-al-kafi-482-hukum-makanan-dan-minuman-yang-dimasuki-lalat  : 


Foto Mufti Wilayah Persekutuan.
kredit poster : muftiwp.gov.my 


Dinyatakan :

Situasi Pertama

Bahawa lalat yang masuk itu tidak mati namun hanya singgah sahaja. Dalam hal ini, tidak ada apa-apa kecuali dikhuatiri makanan atau minuman berkenaan sudah dicemari kuman atau virus bawaan lalat yang memudaratkan kesihatan. Contohnya, bimbang ia sempat bertelur. Maka pada ketika itu sunat meninggalkan makanan dan minuman tersebut. Namun jika memang nampak kesan-kesan pencemaran seperti telur lalat dan sebagainya, maka haram dimakan atau dihidangkan kepada orang untuk makan kerana besar kemungkinan untuk mendatangkan keburukan kepada orang lain. 

Justeru, sesiapa yang memakan dan meminum bahan-bahan yang memudaratkan adalah berdosa dan akan disiksa oleh Allah SWT jika tidak bertaubat, kerana mudarat itu merosakkan jasad, melemahkan dan menjatuhkan mereka ke lembah penyakit. Ini kerana Allah menyuruh kita untuk menjaga kesihatan dan badan melarang kita daripada merosakkannya.

Namun begitu jika lalat itu jatuh ke dalam minuman, atau makanan yang cair, maka adalah sunat untuk kita celupkan lalat itu sehingga tenggelam kedua-dua kepaknya kemudian kita membuangnya .


kredit foto : Himpunan Suara Islamik 



Situasi Kedua

Bahawa lalat yang masuk itu mati di dalam makanan atau minuman. Jika lalat tersebut mati dalam makanan maka ia tidak menajiskan makanan tersebut kerana ia termasuk najis yang dimaafkan kerana lalat adakah sejenis haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir (tidak zahir pada mata). Sunat juga hukumnya jika lalat itu mati dalam minuman, untuk ditenggelamkan terlebih dahulu lalu dibuang lalat tersebut. Begitu juga jika ditakutkan mudarat seperti penyakit-penyakit berbahaya, maka dibuang makanan atau minuman tersebut dan tidak meminumnya.

Kesimpulannya, Islam amat menitikberatkan soal penyediaan makanan seperti sumber dan kebersihannya, halal haramnya dan manfaat mudarat daripadanya. Oleh itu hendaklah orang Islam juga sentiasa cakna soal kebersihan makanan dan tidak sewenangnya menyediakan makanan yang bercampur lalat sekalipun tidak menajiskan tetapi mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Di saat itu, haram memakannya dan menyediakannya. Semoga makanan dan minuman kita adalah halalan toyyiban (halal lagi baik). Wallahua’lam.

Untuk keterangan penuh dan berpandukan Al-Quram dan Hadis sila rujuk terus ke : http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1396-al-kafi-482-hukum-makanan-dan-minuman-yang-dimasuki-lalat


2 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian... tertanya juga apa hukumnya... islam tu mmg mudah...

    ReplyDelete