Roti sosej kukus

Sekarang ni ramai yang dah pandai buat roti sendiri kan. Alhamdulillah.. Ada yang berniaga kecil-kecilan dari rumah untuk menambah pendapatan keluarga dengan membuat roti. Tapi serius , roti homemade ini pun sedap dari roti yang biasa di jual di kedai-kedai runcit tu. Macam-macam resepi ada di olah dan dihasilkan untuk menarik selera pembeli mahupun untuk santapan sekeluarga. 

Ana, belum pernah lagi mencuba membuat roti sendiri di rumah. Kena menuntut ilmu dengan yang pakar terlebih dahulu agaknya. Tapi bab modified resepi laju je. Dan baru-baru ini, ana ada terlihat perkongsian di FB resepi roti kukus. Maka dengan sesungguhnya, ana pun beli lah bahan-bahannya yang mudah di dapati di pasaraya. Roti tu bukan roti homemade ye puan-puan, roti hotdog readymade tu sahaja. Jom kita tengok hasil roti sosej kukus versi anajingga dot com ni pula :) 




Roti sosej kukus 




Bahan-bahannya : 

roti hotdog ready made yang korang boleh beli di mana-mana kedai atau pasaraya
beberapa batang sosej ikutlah bilangan roti tu kan
mentega
kepingan cheese
sos cili
mayo

Cara membuat roti sosej kukus mudah ni :


1. Sosej tu ana gorengkan seketika, jika tidak rasa macam sosej rebus sahaja nanti. 

2. Belah bahagian tengah roti tapi jangan sampai putus dua. 

3. Sapukan mentega, paip kan sos cili dan juga mayo ke dalamnya. 



4. Letakkan sebatang sosej di tengah-tengah dan potong kepingan cheese berjalur dan letakkan di atas roti. 

5. Susun di dalam dulang pengukus dan kukus seketika dalam 5 minit sahaja. 

6. Angkat dan bolehlah di makan. 





Sedap dan lembut sahaja rasa roti ni bila kita kukuskannya semula. Sesuai untuk di jadikan bekalan anak-anak ke sekolah atau sarapan pagi, In Shaa Allah. Selamat mencuba ye ibu-ibu :) 


Roti sosej kukus Roti sosej kukus Reviewed by Ana Jingga on November 10, 2018 Rating: 5

10 comments:

  1. Menarik. Bolehla cuba nanti 😊

    ReplyDelete
  2. Less minyak kan kak...bagus..boleh la dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC, kak ana suka lepas kukus roti tu jadi lembut gebu semula :)

      Delete
  3. belum pernah try versi kukus ni boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. master chef pasti ada versinya yang tersendiri ni kak Noor :)

      Delete
  4. Kukus tak pernah buat lagi.. Sha selalu bakar je dalam oven..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.