Bagaimana cara tumis hingga pecah minyak ?
Selalunya dalam masakan menumis ni mesti orang akan kata, tumis sampai pecah minyak kan ? Bagi yang dah pakar atau selalu masak tu bukan satu masalah lah kan, cuma yang baru nak berjinak-jinak dengan dapur mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa atau cara menumis sehingga pecah minyak ni. Perkara ini di tanya oleh Kak Long sendiri ketika ana mengajarnya masak kari di dapur baru-baru ini. Haa.. meh nak cerita apa yang di maksudkan dengan tumis hingga pecah minyak tu.
Cara menumis hingga pecah minyak
Untuk menumis masakan seperti rempah kari atau sambal tumis, mula-mula kenalah panaskan kuali dan minyaknya terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan tumisan, dan kacau hingga pecah minyak. Maknanya seperti di dalam gambar di atas, minyak akan timbul di atas dan bahan tumisannya di bahagian bawah. Maknanya dah sampai pecah minyak lah tu, kay.
Kenapa kita perlu menumis sehingga pecah minyak ni? Ini ialah kerana bahan tumisan yang mengandungi cili giling atau rempah perlu di masak sempurna supaya tidak mendatangkan alahan pada masakan. Mak ana selalu pesan, masak cili tu betul-betul kalau tidak masakan boleh menyebabkan sakit perut kalau tak cukup masak khasnya ketika menumis. Rasanya juga akan jadi kurang sedap, untuk kari misalnya jika rempah tak cukup garing tumisan sehingga pecah minyak akan rasa rempah yang mentah dan tidak enak pada citarasa masakan. Ermm.. Waallahu a'lam. Kena tanya pakar masakan lah kan. Ini sekadar petua masakan ibunda sahaja yang dapat ana sampaikan.
Dan inilah kari ikan kembung yang ana tumiskan rempahnya tadi, bila dah masak ia pekat dan minyaknya kelihatan pada permukaan kuah. Barulah nampak selera kan, cuma kurangkanlah minyak bila menumis untuk kesihatan tubuh kita. Makanan yang sedap ni memang kurang menyihatkan, ye tak ??
15 Comments
yer betul kena masak pecah minyak baru cantik masakan tu nanti.. heheheh..
ReplyDeletekan Jue, tu lah rahsianya hehe :)
DeleteMemang selalunya mak akan ckp masak apa pun kena pecah minyak hehe. Baru makanan tu cm gini.
ReplyDeleteika datang singgah sini. New entry :) https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/buku-murah-sunmag-curve.html
hehe Ika kena ikut pesan mak tau :)
DeleteMula-mula kinah pun tak berapa pandai. Belajar masak guna google je dulu😅. Sekarang pandai dah masak walaupun takde la expert mana. Orang kata practice makes perfect. Tak gitu kak ana.
ReplyDeleteye adindaku Kinah, semua kita pun bermula dari tak tahu kan. sekarang ni mudah semua pun boleh dapat dari internet :)
Deletehee~ dulu atie tak pandai gak nak tunggu sampai pecah minyak ni.. akibatnya cili tak masak, sakit perut woo..
ReplyDeletehaha kan sakit perut kalau tak masak elok-elok cili tu masa menumis :)
DeleteSedapnya kari.. tq share kak ana..
ReplyDeletehehe kut kut ada yang mencari kan Sha, kita kongsikan sahaja
DeleteHaaa...kebetulan saya pun curious juga sbb beginner baru nak rajin masak. 😅🤣
ReplyDeletehehe gituew yw NL :)
Deletebagus utk sesiapa yg baru belajar masak
ReplyDeletehaah nina kadang-kadang orang tak faham apa maksud pecah minyak tu kan hehe :)
Deleteyumm yumm yumm.. sedap... kalau masak kuah nasi dagang, masakkan santannya sahaja sehingga pecah minyak :D..
ReplyDelete