Selalunya dalam masakan menumis ni mesti orang akan kata, tumis sampai pecah minyak kan ? Bagi yang dah pakar atau selalu masak tu bukan satu masalah lah kan, cuma yang baru nak berjinak-jinak dengan dapur mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa atau cara menumis sehingga pecah minyak ni. Perkara ini di tanya oleh Kak Long sendiri ketika ana mengajarnya masak kari di dapur baru-baru ini. Haa.. meh nak cerita apa yang di maksudkan dengan tumis hingga pecah minyak tu. 




Cara menumis hingga pecah minyak 


Untuk menumis masakan seperti rempah kari atau sambal tumis, mula-mula kenalah panaskan kuali dan minyaknya terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan tumisan, dan kacau hingga pecah minyak. Maknanya seperti di dalam gambar di atas, minyak akan timbul di atas dan bahan tumisannya di bahagian bawah. Maknanya dah sampai pecah minyak lah tu, kay.




Kenapa kita perlu menumis sehingga pecah minyak ni? Ini ialah kerana bahan tumisan yang mengandungi cili giling atau rempah perlu di masak sempurna supaya tidak mendatangkan alahan pada masakan. Mak ana selalu pesan, masak cili tu betul-betul kalau tidak masakan boleh menyebabkan sakit perut kalau tak cukup masak khasnya ketika menumis. Rasanya juga akan jadi kurang sedap, untuk kari misalnya jika rempah tak cukup garing tumisan sehingga pecah minyak akan rasa rempah yang mentah dan tidak enak pada citarasa masakan. Ermm.. Waallahu a'lam. Kena tanya pakar masakan lah kan. Ini sekadar petua masakan ibunda sahaja yang dapat ana sampaikan. 



Dan inilah kari ikan kembung yang ana tumiskan rempahnya tadi, bila dah masak ia pekat dan minyaknya kelihatan pada permukaan kuah. Barulah nampak selera kan, cuma kurangkanlah minyak bila menumis untuk kesihatan tubuh kita. Makanan yang sedap ni memang kurang menyihatkan, ye tak ?? 

14 Comments

  1. yer betul kena masak pecah minyak baru cantik masakan tu nanti.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. Memang selalunya mak akan ckp masak apa pun kena pecah minyak hehe. Baru makanan tu cm gini.

    ika datang singgah sini. New entry :) https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/buku-murah-sunmag-curve.html

    ReplyDelete
  3. Mula-mula kinah pun tak berapa pandai. Belajar masak guna google je dulu😅. Sekarang pandai dah masak walaupun takde la expert mana. Orang kata practice makes perfect. Tak gitu kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye adindaku Kinah, semua kita pun bermula dari tak tahu kan. sekarang ni mudah semua pun boleh dapat dari internet :)

      Delete
  4. hee~ dulu atie tak pandai gak nak tunggu sampai pecah minyak ni.. akibatnya cili tak masak, sakit perut woo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan sakit perut kalau tak masak elok-elok cili tu masa menumis :)

      Delete
  5. Sedapnya kari.. tq share kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kut kut ada yang mencari kan Sha, kita kongsikan sahaja

      Delete
  6. Haaa...kebetulan saya pun curious juga sbb beginner baru nak rajin masak. 😅🤣

    ReplyDelete
  7. bagus utk sesiapa yg baru belajar masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nina kadang-kadang orang tak faham apa maksud pecah minyak tu kan hehe :)

      Delete