Cukup-cukuplah mencari alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab sebagai pembayar zakat. Ia adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ke atas setiap hambaNya yang mencapai cukup syaratnya. Mehh kita ulang kaji kejap 5 Rukun Islam :

Pertama :  Mengucapkan dua kalimah syahadah 

Kedua : Menunaikan solat fardu lima waktu

Ketiga : Berpuasa pada bulan Ramadan

Keempat : Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

Kelima : Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu

Jelas kan.. wajib kita sebagai umat Islam untuk menunaikan rukunnya yang ke empat iaitu membayar zakat. Dan di tanahair kita ni, khasnya buat warga Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah , dipertanggung-jawabkan untuk menguruskan pungutan zakat dan pembahagiannya. Dah banyak  dah artikel yang ana kongsikan untuk menjelaskan hal ini.





Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet 



Hari ini, sekali lagi ana nak berkongsi dan mewar-warkan satu lagi kaedah paling mudah untuk kita semua mengeluarkan zakat iaitu pembayaran melalui perbankan internet. Meh dengar apa kata Imam Muda Asyraf mengenai kaedah pembayaran zakat secara online melalui perbankan internet menerusi video di bawah :





Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

1. OCBC BANK 
 www.ocbc.com.my/

2. AmBank
www.ambg.com.my

3. Hong Leong Islamic Bank
www.hlib.com.my

4. RHB Bank
www.rhbbank.com.my

5.HSBC Bank
www.hsbc.com.my

6.Public Bank
www.publicbank.com.my

7. Cimb Bank
www.cimbbank.com.my

8. Bank Islam
www.bankislam.biz

9. Maybank2u  
 www.maybank2u.com.my

10. .Bank Muamalat
www.muamalat.com.my

11. BSN
www.mybsn.com.my

12. Agro Bank
www.agronet.com.my

13. Bank Rakyat
www.irakyat.com.my

14. Affin Bank 
www.affinonline.com.my

dan juga melalui 


15. Pos Malaysia
www.posonline.com.my

16. MYEG
www.myeg.com.my


Untuk keterangan lebih lanjut boleh sahaja hubungi talian zakat PPZ MAIWP di :

1 300 88 5757

atau layari sahaja ke 

www.zakat.com.my 

Jadi dah tak ada alasan masalah parkir kenderaan lah, masalah kesesakan trafik ke, tak ada masa nak ke kaunter PPZ atau sebagainya . Sambil bayar bil bulanan tu, sambil seronok duk shopping online jangan lupa tunaikanlah tanggung-jawab kita sebagai pembayar zakat kerana dalam rezeki kita, 2.5% atau 1/40 adalah hak rezeki untuk orang lain.


Terkini !!!

3000 Pembayar Zakat Terawal 
Melalui Perbankan Internet Berpeluang Mendapat 
DVD MP3 koleksi Himpunan Ceramah
 MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.  


Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat . Tunaikan zakat harta dan pendapatan anda sebelum 31hb Disember ini untuk mendapat rebat sehingga 100% .

#JadiKayaDenganZakat #PPZMAIWP