Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet

Cukup-cukuplah mencari alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab sebagai pembayar zakat. Ia adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ke atas setiap hambaNya yang mencapai cukup syaratnya. Mehh kita ulang kaji kejap 5 Rukun Islam :

Pertama :  Mengucapkan dua kalimah syahadah 

Kedua : Menunaikan solat fardu lima waktu

Ketiga : Berpuasa pada bulan Ramadan

Keempat : Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

Kelima : Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu

Jelas kan.. wajib kita sebagai umat Islam untuk menunaikan rukunnya yang ke empat iaitu membayar zakat. Dan di tanahair kita ni, khasnya buat warga Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah , dipertanggung-jawabkan untuk menguruskan pungutan zakat dan pembahagiannya. Dah banyak  dah artikel yang ana kongsikan untuk menjelaskan hal ini.





Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet 



Hari ini, sekali lagi ana nak berkongsi dan mewar-warkan satu lagi kaedah paling mudah untuk kita semua mengeluarkan zakat iaitu pembayaran melalui perbankan internet. Meh dengar apa kata Imam Muda Asyraf mengenai kaedah pembayaran zakat secara online melalui perbankan internet menerusi video di bawah :





Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

1. OCBC BANK 
 www.ocbc.com.my/

2. AmBank
www.ambg.com.my

3. Hong Leong Islamic Bank
www.hlib.com.my

4. RHB Bank
www.rhbbank.com.my

5.HSBC Bank
www.hsbc.com.my

6.Public Bank
www.publicbank.com.my

7. Cimb Bank
www.cimbbank.com.my

8. Bank Islam
www.bankislam.biz

9. Maybank2u  
 www.maybank2u.com.my

10. .Bank Muamalat
www.muamalat.com.my

11. BSN
www.mybsn.com.my

12. Agro Bank
www.agronet.com.my

13. Bank Rakyat
www.irakyat.com.my

14. Affin Bank 
www.affinonline.com.my

dan juga melalui 


15. Pos Malaysia
www.posonline.com.my

16. MYEG
www.myeg.com.my


Untuk keterangan lebih lanjut boleh sahaja hubungi talian zakat PPZ MAIWP di :

1 300 88 5757

atau layari sahaja ke 

www.zakat.com.my 

Jadi dah tak ada alasan masalah parkir kenderaan lah, masalah kesesakan trafik ke, tak ada masa nak ke kaunter PPZ atau sebagainya . Sambil bayar bil bulanan tu, sambil seronok duk shopping online jangan lupa tunaikanlah tanggung-jawab kita sebagai pembayar zakat kerana dalam rezeki kita, 2.5% atau 1/40 adalah hak rezeki untuk orang lain.


Terkini !!!

3000 Pembayar Zakat Terawal 
Melalui Perbankan Internet Berpeluang Mendapat 
DVD MP3 koleksi Himpunan Ceramah
 MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.  


Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat . Tunaikan zakat harta dan pendapatan anda sebelum 31hb Disember ini untuk mendapat rebat sehingga 100% .

#JadiKayaDenganZakat #PPZMAIWP 
Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet Cara Bayar Zakat Lebih Mudah Dengan Perbankan Internet Reviewed by AJ on December 26, 2018 Rating: 5

28 comments:

  1. Banyaknya bank yang kita boleh guna utk bayar zakat. Takde lah alasan tak sempat nak bayar zakat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir kesemua bank ada dalam senaraikan AS :)

      Delete
  2. Bagus sekarang zakat ada cara lebih mudah dan cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah dan tak ada alasan dah untuk berzakat dan menunaikan tanggung jawab bagi yang memenuhi syaratnya :)

      Delete
  3. jom kak kita bayar zakat. hanya 2.5% dr pendaptan kita jer utk byr zakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami kak ana bayar dengan cara pemotongan gaji Jue, jadi tak lah terlepas pandang kan dalam menunaikan rukun islam ke 4 ni :)

      Delete
  4. boleh dikatakan semua bank dh ada ada dalam senarai kan..memang mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah SA, hampir kesemua bank boleh membayar zakat secara online ni :)

      Delete
  5. sekarang ni mudah je. tinggal nak dengan taknak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Yana, kalau tak nak juga masih tercari-cari alasan sebenarnya . Sungguh menyedihkan.. :(

      Delete
  6. Dengan adanya pilihan ini, harapnya memasing tidak lupa untuk melaksanakan tanggungjawab dan membantu yang memerlukan. Moga dipermudahkan urusan PPZ

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. sangat mudah pelbagai cara di sediakan oleh PPZ masa kini untuk memudahkan pembayar zakat

      Delete
  8. Saya biasanya byr sendiri dengn CIMB, manakala FIDYAH cari kaunter bergerak hehe. FIDYAH tak ada online

    ReplyDelete
  9. Senangnya nak bayar zakat sekarang. Klik2 je dh settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mudah sangat guna jari pun boleh hehe :)

      Delete
  10. Sekarang semuanya dihujung jari kan k.ana... Mudah nk buat dan tiada alasan lagi xsempat byr zakat lps ni..

    ReplyDelete
  11. Sekarang nie macam-macam cara boleh guna.. Nak dengan tak nak je kan kak ana..

    ReplyDelete
  12. lagi mudah sekarang ni untuk bayar zakat.. online pun boleh dah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. pergh senang nya sekarang..guna perbankan je..dah takde alsn taknak bayr zakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pelbagai cara di sediakn oleh PPZ kan Nad

      Delete
  14. Pada yang tak berkesempatan masih ada berbaki masa untuk membuat bayaran.. sudah jangan tangguh lagi cepat bayar banyak sudah cara mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga lebih ramai pembayar menunaikan tanggung jawab mereka kan Bonde

      Delete

Powered by Blogger.