Coretan Kasih Sayang Dari Shikin Razali
Alhamdulillah.. kadang-kadang tak pernah terjangka akan keindahan persahabatan tanpa suara dan bersua wajah ini begitu akrab sekali jalinannya. Ramai di antara sahabat-sahabat blogger ni cuma ana kenali melalui dunia maya social media dan juga blog. Namun jalinan ukhuwah itu terasa akrab dan adanya tali silaturrahim yang mengikat antara kita. Kasih sayang ada kalanya tidak terzahir namun dapat di rasai.
Terharu sekali bila ana dapat tahu terbitnya sebuah coretan kasih sayang dari adinda blogger Shikin Razali buat kakaknya ini. Terima kasih Shikin, walaupun jarang kita berkomunikasi di dunia maya namun terbit jua rasa ikatan ukhuwah antara kita. Terima kasih Shikin kerana menerbitkan sebuah coretan buat kenang-kenangan kita bersama. Alhamdulillah kak ana hargainya sangat-sangat.
Jalinan kasih sayang ini ada ketikanya tidak perlu untuk kita bersua wajah, tetapi cukup dekat di hati. Seseorang itu dapat kita kenali peribadinya dari nukilan dan tulisannya sahaja dan secebis rasa kenikmatan dalam bersahabat itu akan terasa hadir dengan sendiri. Dalam dunia maya ini, pilihan adalah di jari kita sama ada memilih untuk menulis sesuatu yang benar-benar mencari keredhaanNya atau mengikut rentak hati masing-masing.
Kadang-kala yang kita tulis adalah emosi yang di sampaikan dan tidak terfikir akan akibat dari yang di luahkan. Mungkin ada yang mengguris hati, mungkin ada aib yang tak seharusnya di dedahkan, mungkin bisa mengundang catatan di bahu kiri.. mungkin dan seribu kemungkinan lagi yang bakal menjadi penghukum pada diri kita sendiri kelak sama ada di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.
Namun, alhamdulillah... bila kita dikelilingi oleh insan yang sentiasa berusaha untuk jadi baik, walaupun kita belum jadi sebaik manusia, kita akan beroleh persahabatan yang baik-baik, In Shaa Allah.. Akhir kalam... terima kasih sekali lagi adinda Shikin Razali atas entri INI dan semoga keindahan ukhuwah ini akan kekal berpanjangan hingga ke syurgaNya... Aamiin .
2 Comments
Betul tu Kak Ana.. Walaupun tidak bersua muka namun jalinan ukhwah tetap boleh diikat..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kemanisan ukhuwah kan sha
Delete