Pemandangan indah infinity pool dari atas bangunan

Pertama kali untuk ana menikmati satu pemandangan yang agak unik berada di kolam renang infinity pool dari atas bangunan ni. Selalunya bercuti bersama keluarga, kami akan memilih resort yang ada kolam renang untuk anak-anak berendam. Cuti akhir tahun kali ini, memang tak ada apa-apa perancangan bercuti memandangkan anak-anak dalam study week dan bakal final exam penghujung Disember hingga awal Januari nanti. Kami bagi chance laa pada parent yang ada anak bersekolah bercuti bulan dua belas ni kan. Turn kami , In Shaa Allah, awal tahun nanti ke ? Mana tahu ada rezeki lebih..Aamiin. 




Sabtu lepas, kebetulan adik sepupu ana, Muin dan Anom sekeluarga singgah ke rumah dan depa dapat voucher homestay di Kuala Lumpur ni. Lepas menziarahi nenek di Kampung Melayu Subang, kami pun ikutlah waze dan sampailah ke sebuah kediaman kondo di Bukit Jalil. The Link 2 Residence, Condominium mewah juga lah. Satu unik kondo dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Dan yang paling bestnya ialah kolam renang infinity yang berada di aras enam kondo ni. Bagaikan private pool pada kami kerana memang tak ada orang lain ketika itu. Mungkin kediaman ini masih baharu dan tak ramai penghuninya lagi, jadi kami pulun lah mandi disini. 




Kolam renang untuk kanak-kanak pun ada di sini disamping kemudahan gym, surau dan ruang bbq. Memang cantik. 


Kolam kanak-kanak seronok Capwan, Odek dan Farish.. Pak usu dan Kak Long pun masuk situ hehe 




Apa yang ingin ana  kongsikan ialah keindahan panorama dari sekitar infinity pool ini untuk tatapan bersama. Memang cantik jomm.. kita layan. Mana tahu ada rezeki , korang bolehlah membeli kediaman mewah macam ni kan. Untuk ana dan suami pula, rasanya kurang sesuai untuk tinggal di kediaman moden macam ni, kami lebih selesa tinggal di rumah teres yang mudah berkomuniti, berjiran dan paling penting hampir dengan surau dan masjid. Jiwa kampung ni lah katakan... Tapi inilah dia arus permodenan dan kemajuan. 







Unit kondo ni berada di tingkat 28  suka Capwan ye duk sini ada pool 

Pemandangan indah infinity pool dari atas bangunan Pemandangan indah infinity pool dari atas bangunan Reviewed by ana halim on December 25, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. Bagi yang gemar urban sepenuhnya mungkin ini yang menjadi pilihan dan idaman..sesekali ok untuk ubah angin dan pelbagaikan citarasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kan PC ikutlah pada keinginan dan kemampuan masing-masing :)

      Delete
  2. Subanhanallah pujian kepada Allah atas kurnia pembangunan keamjuan dan kemodenan yang kita nikmati. Ucapkan zikir ke atasNya kala melihat keindahan ini. Semuanya atas izin Allah Malaysia indah

    ReplyDelete
  3. cantiknya pool dia kak ana! Kalau sekali sekala boleh la tapi kalau nak menetap, taste kita sama nak persekitaran yang macam kak ana cakap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ikut kemampuan dan minat masing2 kan FJ hehe :)

      Delete
  4. Aduh!!! macam seram lak pool ni yang bahagian hujung dia tu gayat Mrs. A tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mula-mula kak ana pun nampak gayat tapi sebenarnya ada ruang kat hujung tu di sebalik tembok kaca tu masih ada ruang berlantai hehe :)

      Delete
  5. subhanallah cantik view lama tak beranag sejak sejak dah besar ni

    ReplyDelete
  6. Cantik. Kawan fb ada promote tempat ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.