Pokok Limau Kasturi Lebat Berbuah
Musim hujan hujung tahun yang agak lebat setiap petang, membataskan aktiviti ana di kebun belakang rumah. Daun pegaga bukan main laju meninggi dah jadi satu pemandangan yang agak semak. Dengan rumput pun tak berkesempatan nak di cabut dan bersihkan. Belakang rumah ni, sebelah pagi terlindung dari pancaran matahari. Jadi ia agak redup, sehinggalah tengahari dalam pukul 1 lebih baru sampai cahaya matahari. Dan sejak dua menjak ni pukul 3 petang, hujan pula membasahi bumi dengan penuh rahmatNya. Jadi tanah belakang ni lembab dan becak sepanjang masa.
Rumput dan pegaga liar pun cepatlah membiak , ana pula pagi-pagi jarang berkebun di belakang ni kerana agak sunyi. Jiran-jiran kebanyakannya keluar bekerja, tak berani pula sengsorang di belakang. Dunia sekarang ni macam-macam, semoga dijauhkanNya kita semua dari segala keburukan dari dunia hingga akhirat, Aamiin.
Bila sesekali menjengok kebun di belakang, Allahu... Subhanallah... Alhamdulillah buah-buah limau kasturi dalam pasu dan hampir masak. Dah tegang dan menguning warnanya. Dah boleh d petik lah kan. Lebat buahnya tak berhenti sepanjang enam bulan kebelakangan ni. Syukur sangat, ni pun ada dah yang mengeluarkan bunga semula dan ada yang masih berputik. Syukur Ya Allah... rezeki yang Engkau datangkan.
Gambar ini ketika pokok limau kasturi sedang berputik 5 bulan lepas |
Petua pokok limau kasturi lebat berbuah
Ana nak kongsikan petua bagaimana pokok limau kasturi ni lebat berbuah. Ana tak pastilah kerana petua ni ia menjadi tapi tak salah mencuba kan. Bahan pun tak susah nak didapati. Macam selalu ana ceritakan sebelum ini, ana selalu siram pokok limau kasturi ni dengan air basuhan pertama beras dan juga air bilasan ikan atau makanan laut. Air basuhan beras yang pertama tu, simpan dalam bekas dan jiruskannya ke pangkal pokok limau kasturi ni. Begitu juga air bilasan bila kita basuh ikan di sinki tu, simpan untuk jadikannya siraman pada tanaman.
Selain daripada itu, selepas sahaja menuai buah limau kasturi ni, cantas dahannya dan In Shaa Allah ia akan bercambah dahan baharu dan kemudian akan berbunga semula. Kena rajin sikit kay. Kata orang kalau nak seribu daya lah kan. Ini petua kampung jer tau, untuk tanaman main-main belakang rumah macam ana ni. Kalau tanaman komersial tu korang carilah info dari blog pertanian , depa akan syorkan baja yang sesuai nanti. Selamat mencuba kay... Jomm minum air limau asam boi hehe :)
8 Comments
Sedapnya limau kasturi ini..
ReplyDeletemakan dengan asam boi sha :)
DeleteAlhamdulillah banyak tu buahnya. PH pun dok tunggu juga bila pokok limau kasturi nak berbuah... Dah 2 tahun usianya kalau tak silap
ReplyDeletemakan masa juga PH, cuba tabur kan baja mana tahu boleh menjadi pula tahun depan ni, In Shaa Allah
DeleteBila musim hujan ni pokok limau kasturi memang rajin berbuah kak ana..kat rumah SA pun sama..dah banyak kali petik dah
ReplyDeletetengah musim agaknya SA :)
Deletedulu kat kampung banyak..sekarang dh takde..
ReplyDeletedah habis musim kut Nad :)
Delete