Menjadi trend terkini pula sejak dua menjak ni bila ana lihat dekorasi perabot dari kayu pallet di merata tempat. Kalau di awal kemunculannya, perabot kayu pallet menjadi pilihan dekorasi ruang di kedai-kedai makan dengan gaya hipster, kini ruang dalaman rumah juga ramai yang memilih perabot dari gaya hiasan kayu pallet. Memang cantik dan kemas malahan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi dengan hasil seni jika dibandingkan dengan harga perabot lain yang terdapat dipasaran masa kini. 

Tertarik dengan kemasan hasil pembuatan perabot oleh suami sepupu ana di Bukit Beruntung, Selangor tiap kali kami ke rumahnya, suami berkenan untuk menempah sebuah meja kopi untuk menggantikan meja kopi kaca kami yang dah uzur kakinya. Dalam masa dua minggu kalau tak silap ana, sepupu ana, Intan dah whatsapp bagitau meja kopi dah siap untuk diambil.. Yuhuuu!! Cepatnya.. dan bila kami pii ambik sendiri di rumahnya.. 




Tadaaa!!! Cantik kome... puas hati sangat.. meh nak tayang kat korang, mana tahu ada yang sedang tercari-cari di mana nak tempah perabot dari kayu pallet sekitar Hulu Selangor, Bukit Beruntung, Rawang dan sekitarnya.. boleh lah roger-roger my kazen, Intan Salleh dan tempahlah ikut pilihan design yang korang nak.. In Shaa Allah... pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya dengan harga yang mampu beli kata orang. 




Tempahan perabot dari kayu pallet 




Suami memilih untuk mengekalkan keaslian warna kayu pallet dan hanya di varnis jernih sahaja. Terdapat ruang letak majalah dan buku di bahagian bawah meja kopi kami ni. Saiz pun memang standard saiz sebuah meja kopi dan cantik kemas di letakkan di ruang tamu teratak kami. Alhamdulillah..




Ada pelbagai design perabot yang boleh korang tempah sekiranya berminat dengan harga yang sangat berbaloi. Roger-roger atau pm tepi Intan Salleh di nombor whatsapp 012-621 6370 dan boleh lah korang discuss design, harga dan penghantaran naa.. Jangan risau taukeh perabot ni friendly orangnya.. my kazen tuu .. Orang Perak ni peramah je kami ni.. hehe :) Meh ana kongsikan disini beberapa tempahan lain yang telah di siapkan oleh Salleh Woodwork, Bukit Beruntung, Selangor. 
























Dan macam-macam lagi yang telah di hasilkan oleh Salleh Woodwork ni, korang roger je nombor whatsapp kat atas tu nantu minta Intan PM kan contoh-contoh perabot pallet yang pernah dihasilkan. Korang pun boleh je bagi design sendiri dan In Shaa Allah akan cuba di realisasikan oleh Encik Salleh kita. So.. bagi yang berminat ana dah berikan butiran dah hubungi lah kay.. Ana yakin trend perabot kayu pallet ni akan terus menjadi buruan mereka yang suka kan gaya santai dan hipster sebegini

20 Comments

  1. Cantik la kak ana..SA suka jer perabut rustic macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA kalau kena dengan ruang perabot rustic nampak hipster sangat kan

      Delete
  2. cantik la..kalau ada rumah sendiri bestnya buat deko2 guna perabot kayu palllet ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada rezeko NN nanti, aamiin :)

      Delete
  3. Kemas la pembuatannya. Best ni boleh deko-deko taman. Tunggu ada rumah sendiri dulu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin In Shaa Allah kak ana doakan impian Kinah untuk memiliki rumah sendiri.

      Delete
  4. cantik kak! perasan jugak buat pelamin pun ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada kan Yana, photobooth pun banyak guna kayu pallet :)

      Delete
  5. Wah memang kreatif mantap dan keras..

    ReplyDelete
  6. awa punya idaman nk kayu pallet belaka...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ana...mmg cantik hasil tangannya...skg ni mmg ramai yg suka dgn perabot dr kayu pallet ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, kann trending sekarang ni kan :)

      Delete